Ekonomi

Untung bersih MNRB merosot

MNRB Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah iaitu  sebanyak RM46.58 juta untuk suku pertama yang berakhir pada 30 Jun 2021, berbanding RM50.81 juta pada tahun sebelumnya.

Pendapatan, bagaimanapun, melonjak kepada RM743.03 juta daripada RM570.48 juta yang dicatatkan sebelumnya, disumbangkan oleh premium kasar dan sumbangan yang lebih tinggi yang dihasilkan oleh syarikat insurans semula dan takaful, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Mengenai prospek, ia mengatakan pandemik Covid-19 dan kesan ekonomi yang berkaitan terus menimbulkan cabaran dan ketidakpastian kepada ekonomi Malaysia, dan industri insurans dan takaful.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button