Rencana

UMNO tidak lagi dominan

*ORANG MELAYU KINI BERUBAH SOKONGAN KEPADA PARTI MELAYU YANG LAIN.*

*SUDAH TIADA PERKARA YANG DAPAT DIBANGGAKAN.*

10 September 2023.
*DSBA | ISU POLITIK KINI.*.

1. Keputusan Pilihanraya Kecil di Pulai dan Simpang Jeram sudah diketahui, dengan Parti AMANAH mengekalkan kedua-dua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Walaupun majoriti Kerusi Parlimen Pulai berkurangan dari 33,000 kepada hanya 18,000 sahaja, tetapi Perikatan Nasional *KALAH TETAP KALAH.*

Tidak kiralah kalah dengan 18 ribu atau 2 undi, hakikatnya tetap Kalah.

2. Faktor jumlah keluar mengundi yang rendah iaitu hanya 47% sahaja di Parlimen Pulai adalah penyebab utama perbezaan undi yang ketara.

Rakyat dan pengundi di Pulai kelihatan sudah letih (fatigue) dengan terlalu banyak Pilihanraya baru-baru ini, selain daripada terlalu banyak isu-isu politik yang memeningkan.

Tambahan pula, keputusan Pilihanraya di kedua-dua kawasan ini tidak akan mengubah Kerajaan Negeri, mahupun Kerajaan Persekutuan.

3. Amat jelas kelihatan di PRK Pulai, 81% peratus pengundi Melayu telah mengundi Calon PN.

Manakala hanya 18% peratus pengundi Melayu yang mengundi Calon PH dari AMANAH.

Pengundi Cina dan India, 99% peratus mengundi PH.

Dan hanya 1% peratus pengundi Cina dan India mengundi PN.

4. Trend ini memperlihatkan bahawa terdapat Trend pengundi-pengundi Melayu sudah mula sedar dan mula meninggalkan UMNO sebaliknya menyokong Perikatan Nasional.

Manakala pengundi-pengundi Bukan Melayu, 99% peratus tetap bersama DAP dan Pakatan Harapan.

5. PRK Pulai juga memperlihatkan UMNO masih kukuh di Negeri Johor, manakala Jentera Pilihanraya BERSATU dan PAS masih tidak berupaya menembusi Negeri Johor.

6. Apa yang pasti, jumlah bilangan Orang Melayu yang menolak parti UMNO semakin ramai setiap kali Pilihanraya diadakan.

Pada PRN 6 Negeri, UMNO yang bertanding di 108 kesemua kerusi-kerusi majoriti Melayu, hanya mampu menang 19 kerusi Melayu sahaja. Iaitu lebih sedikit daripada 10% peratus.

Pada PRU ke 15, UMNO bertanding 120 kerusi majoriti Melayu dan hanya menang 26 kerusi. Juga lebih sedikit dari 10% peratus.

Kedudukkan UMNO sebagai sebuah *PARTI MELAYU BESAR DAN DOMINAN* sudah tiada.

Kerana peranan UMNO sudah dikecilkan oleh parti PKR dan AMANAH.

Jelas kelihatan pada PRN 6 Negeri, UMNO hanya dibenarkan bertanding di 6 kerusi di Pulau Pinang, 12 kerusi di Selangor, 18 kerusi di Kedah dan 16 kerusi di Negeri Sembilan.

7. Perkara yang sama akan berlaku pada Pilihanraya Umum ke 16 nanti.

*UMNO DIJANGKA* akan hanya dibenarkan bertanding diantara 50 ke 60 kerusi Parlimen sahaja

Kebanyakkan kerusi-kerusi Majoriti Melayu yang lain akan ditandingi oleh Calon PKR dan AMANAH.

Ini dengan jelas bermakna, selagi UMNO berada didalam Gabungan Politik dengan Pakatan Harapan, selagi itulah UMNO tidak akan menerajui Negara Malaysia ini sebagai Perdana Menteri.

UMNO sudah tidak dominan dan hanya layak memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri I dan mengisi 6 kerusi Menteri Kabinet.

Manakala, parti MCA dan MIC pula, juga tidak akan dapat bertanding di kerusi-kerusi Parlimen tradisi mereka.

MCA dijangka hanya akan dibenarkan bertanding di 2 kawasan Parlimen iaitu Ayer Hitam dan Tg. Piai, Johor.

Manakala, MIC dijangka akan hanya diberi kerusi Parlimen Tapah dan Sg. Siput di Perak.

*SEKIAN.*

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button