Analisis

UMNO semakin tidak relevan

SELEPAS tewas pada pilihan raya pada 2018, UMNO menjadi semakin tidak relevan.

Parti itu sendiri mengerat lidah rasminya Utusan Malaysia dengan membiarkan akhbar berusia 80 tahun itu berkubur.

Itu merupakan tanda-tanda awal sikap buruk pemimpin UMNO yang hanya mementingkan diri sendiri manakala para penyokongnya dibiarkan terlantar begitu sahaja.

Selepas 22 bulan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang dan UMNO bekerjasama dengan Pas dan Bersatu bagi membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Buat pertama kali orang Melayu bersatu di bawah satu payung yang besar.

Namun kerajaan berkenaan tidak bertahan lama selepas 17 bulan UMNO menarik sokongan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Maka dinaikkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO.

Selepas itu Ismail didesak oleh UMNO untuk membubarkan Parlimen.

Pada pilihan raya lalu UMNO memutuskan untuk bekerjasama dengan DAP, PKR, GPS, Amanah dan GRS bagi membentuk Kerajaan Perpaduan.

Namun selepas lima bulan banyak pihak termasuk majoriti ahli UMNO berasa sangat tidak selesa di dalam kerajaan baharu ini.

Mereka mula mempertikai langkah itu dan merasakan parti berkenaan sudah tidak relevan dalam membela kepentingan Melayu serta bumiputera.

Jadi apabila terdapat ura-ura kerajaan ini akan dijatuhkan, ramai yang berpandangan UMNO perlu dikuburkan sekali.

Memang UMNO mempunyai banyak jasa kepada orang Melayu, tetapi kegagalan parti itu menunaikan amanah yang diberikan menyebabkan ia tergelincir dari landasan sebenar.

Oleh itu pada pilihan raya di enam buah negeri akan menjadi medan orang Melayu untuk menunjukkan tindak balas mereka dengan menolak UMNO.

Setelah itu UMNO akan menjadi tidak lagi relevan dan sukar untuk mencari rakan kongsi sebagai talian hayat.

Lagipun UMNO memang terkenal mempunyai sikap buruk suka mengigit tangan yang menghulur bantuan.

Oleh itu gagasan orang Melayu yang baharu ialah melalui Perikatan Nasional (PN).

Mereka boleh memilih untuk menjadi ahli Pas, Bersatu atau ahli langsung PN.

Tiga pintu dibuka bagi menarik mereka yang cintakan perpaduan Melayu bagi mengekalkan dominasi politik Melayu.

Ketika ini dominasi Melayu telah hilang di dalam semua hal.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button