Ekonomi

Ujian pengesan ‘babi’ dinobatkan sebagai pemenang dalam liga usahawan Selangor

Selangor Youth Community, SAY Aspire kembali dengan dengan pencarian usahawan untuk mengembangkan produk dan khidmat mereka ke pasaran antarbangsa.

Sebanyak 10 buah syarikat telah menyertai program ini, usahawan perlu melalui dua peringkat iaitu penilaian dan pembentangan.

Tengkus Muda Selangor, Tengku Amir Shah bersama pemenang, termasuk Wawa Zainal turut menyertai pertandingan liga usahawan edisi ke 4

Pembentangan akhir ini dijuri oleh barisan panel yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang perniagaan dan eksport namun hanya 3 pemenang sahaja yang layak untuk eksport perniagaan mereka ke luar negara.

Tempat pertama dimenangi oleh Global Haltech mengeluarkan produk halal kit, seterusnya tempat kedua jenama Chemilan berasaskan makanan kudapan seterusnya Delish dari H&S Delight (M) Sdn Bhd, produk kiub masakan.

Ujian Halal Kit

Menariknya pemenang utama ini, Global Haltech Sdn Bhd, produk kit ini boleh mengesan bahan dari sumber haram seperti babi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Hasniza Ramli, ujian halal kit ini boleh mengetahui keputusan dalam jangka masa 30 minit, ia boleh dikesan dari makanan dan kosmetik mencapai ketelusan 99% dan diyakini tepat.

Ujian Halal Kit

Rapid test kit akan mengenal pasti unsur protein dari babi dan bukanlah DNA, jika ujian DNA perlulah ke makmal untuk proses berlainan. Namun, kehadiran protein sudah cukup menunjukkan ada sumber babi didalam produk yang diuji.

“Produk ini sesuai digunakan oleh pelbagai pihak atau agensi termasuk pemain industri yang terlibat dalam mengenal pasti sesuatu produk yang diimport itu halal ataupun tidak” jelasnya selepas diumumkan sebagai pemenang pada kelmarin bertempat di Hotel Sunway, Petaling Jaya.

Contoh selepas ujian telah dijalankan

Tambahnya lagi ujian halal kit ini sesuai untuk digunakan oleh pelbagai pihak atau agensi termasuk pemain industri yang terlibat dalam mengenal pasti sesuatu produk sama ada halal atau tidak.

Kit inovasi berteknologi tinggi ini sangat menarik, tanpa memerlukan peralatan berteknologi dan mengeluarkan kos yang tinggi membolehkan produk siap terus diuji.

Pemenang dinilai oleh barisan panel yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang perniagaan dan eksport termasuk Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj selain Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Abu Bakar Yusof.

Tengku Amir Shah memberi nasihat kepada semua usahawan

Selain itu program anjuran agensi Tengku Amir, Selangor Youth Community merupakan kerjasama di antara Exco Pembangunan Usahawan Selangor untuk membangunkan usahawan belia ke persada antarabangsa.

Artikel berkaitan:>

Exco Keusahawanan Selangor buka peluang perniagaan wanita B40 dan asnaf

Worldwide antara pemberi sumbagan terbesar pada SAYS

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button