Mahkamah

Ugut ibu guna pisau kerana tidak beri wang RM35

SEORANG penganggur lelaki tergamak mengugut ibunya dengan menggunakan pisau semata-mata kerana tidak memberinya wang RM35.

Bagaimanapun, tindakan itu akhirnya membawa dia ke penjara selama setahun selepas dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Majistret Kuching, Sarawak hari ini.

Menurut Utusan Borneo, Ali Mokding Sidek, 33, mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibaca terhadapnya di hadapan Majistret Syukri Mokhtar.

“Tertuduh merupakan pesalah berulang serta mempunyai rekod lampu, selain tidak menyesali kesalahan yang dilakukan. Mahkamah menetapkan tertuduh dipenjara setahun bermula hari ini, 12 Jun 2020,” kata Syukri.

Tertuduh melakukan jenayah dengan mengugut untuk mencederakan ibunya, Baduyah Mersat, 71, dengan menggunakan sebilah pisau pada 4 Jun lalu, jam 5 petang di rumah mereka di Kampung Geobilt Petra Jaya, Sarawak.

Tertuduh bertindak demikan kerana tidak diberikan wang.

Ibunya juga tidak tahan dengan sikap tertuduh yang sering meminta wang dan mengamuk sekiranya permintaannya tidak ditunaikan.

Satu laporan polis telah dibuat ibu tertuduh sebelum ini kerana rasa takut dan terancam. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button