Tujuan Sihir Katak Puru Ke Atas Ustaz Kazim Elias Didedahkan!
Setelah lapan bulan bertarung nasib, pendakwah terkenal, Ustaz Kazim Elias kini bagaikan hampir tewas apabila sihir katak puru yang dihantar kepadanya sedikit demi sedikit memberi kesan yang cukup menakutkan.
Selain daripada sukar untuk tidur seharian berbulan-bulan, kulit Ustaz Kazim bukan sahaja kadang-kala berdarah malah timbul kesan menggerutu yang bagaikan terbakar.
Menurut sumber, sihir katak puru ini memang dihantar oleh seseorang yang rela dirinya dilaknat Allah kerana dia memiliki sifat dendam yang tinggi kepada Ustaz Kazim.
Selain dendam, pelaku yang menggunakan sihir katak puru ini memang sengaja mahu Ustaz Kazim menderita perlahan-lahan dalam tempoh yang berpanjangan.
Memang Ustaz Kazim ada menjalani penggambaran filem mengenai dirinya namun kisah terkena sihir ini bukanlah satu gimik atau tujuan promosi semata-mata.
Ustaz Kazim benar-benar memerlukan bantuan dan merayu sesiapa yang ada kebolehan untuk mengubat, bantulah dirinya untuk tamatkan derita yang ditanggung.