Nasional

Tuduh anak ditahan di Singapura, Guan Eng mahu saman Papa Azri

SETIAUSAHA Agung DAP Lim Guan Eng telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa individu termasuk ‘Papa Azri’ kerana menyebarkan berita tidak benar berkaitan keluarganya.

Menurut Guan Eng, keluarganya berasa marah dengan penyebaraan berita palsu bahawa beliau telah pergi ke Singapura pada 29 Februari lalu  selepas anaknya ditahan di Lapangan Terbang Changi kerana dituduh membawa wang sebanyak RM2 juta tanpa membuat pengisytiharan.

“Keluarga saya marah dengan tuduhan yang tidak bermaruah seperti ini yang menjadikan anak kami sebagai sasaran sedangkan mereka tidak pun terlibat dengan politik.

“Adakah UMNO akan mengambil tindakan terhadap pemimpin dan penyokong mereka yang terlibat dalam perbuatan yang haram, tidak beretika dan tidak bermoral seperti ini?” kata Guan Eng.

[BACA ARTIKEL] Benarkah anak lelaki Guan Eng ditahan penguatkuasa Singapura, bawa masuk US$2 juta?

Bekas Menteri Kewangan itu turut menyasarkan kemarahannya terhadap beberapa buah akhbar berbahasa Cina yang turut melaporkan berita yang didakwanya tidak benar itu.

“Bahkan Media Chinese International Limited (MCIL) juga terlibat dalam perbuatan ini dalam kesungguhan mereka untuk mencemar nama pimpinan Pakatan Harapan (PH).

“Satu akhbar mereka sudah menyiarkan berita palsu ini tanpa sebarang pengesahan profesional. MCIL terdiri daripada Sin Chew, Guang Ming, China Press dan Nanyang.

“Hakikatnya, sikap anti-PH MCIL ini telah lama diketahui ramai. Mereka secara terbuka menyerang pimpinan PH, menunjukkan mereka masih lagi meraikan kejatuhan kerajaan PH,” kata Guan Eng.

[BACA ARTIKEL] Berita anak Guan Eng ditahan bawa RM2 juta di Singapura palsu

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador menolak laporan mendakwa seorang anak pemimpin kanan PH ditahan pihak berkuasa Singapura kerana membawa lebih RM2 juta yang tidak diisytiharkan.-SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button