
Tuanku Yang Dipertua MAIPs titah bacaan Qunut Nazilah ekoran serangan di Gaza
KENYATAAN PENUH:
MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS
MAIPs. 100 – 6 Jld 7 (129)
TITAH DULI YANG TERAMAT MULIA TUANKU RAJA MUDA PERLIS
TUANKU YANG DIPERTUA
MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS (MAIPs) BERKAITAN ARAHAN MEMBACA QUNUT NAZILAH EKORAN SERANGAN DAN SEKATAN BEKALAN KEMANUSIAAN KE GAZA, PALESTIN
Dengan limpah perkenan DYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, setelah meneliti perkembangan semasa tindakan serangan dan sekatan bekalan kemanusiaan oleh tentera Israel dan pendatang haram Yahudi ke atas rakyat Palestin di bumi Gaza, adalah dengan ini diperintahkan kepada semua masjid-masjid di Negeri Perlis untuk membacakan Qunut Nazilah pada rakaat terakhir solat 5 waktu bermula daripada waktu Subuh, 9 April 2025 (Rabu) bersamaan 10 Syawal 1446H sehingga ke satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak. Contoh lafaz doa Qunut Nazilah yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis adalah seperti yang dilampirkan.
MENJUNJUNG SYIAR MEMAJU UMMAH
1 KURUN MAIPs (1920): MENGUKUH QIADAH, MENGISLAH UMMAH
SYED FAIZUDDIN PUTRA IBNI TUANKU SYED SIRAJUDDIN JAMALULLAIL
D.K., S.P.M.P., P.A.T.
Doctor of Education (Honoris Causa) La Trobe University, Melbourne, Australia
Honorary Doctorate In Management Science, Yala Rajabhat University, Thailand
Raja Muda Perlis
Yang DiPertua
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis
Termaktub di Istana Arau
02600 Arau
Perlis
Bertarikh : 8 April 2025 bersamaan 9 Syawal 1446H
CONTOH DOA QUNUT NAZILAH UNTUK UMAT ISLAM DI PALESTIN
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلَامَ وَالْمُسْلِمِينَ، وَأَذِلَّ الشِّرْكَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَدَمِّرْ أَعْدَاءَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْن، اَللَّهُمَّ أَهْلِكِ الْكَفَرَةَ وَالطُّغَاةَ وَالظَّالِمِيْنَ، اَلَّذِيْنَ يُقَاتِلُوْنَ إِخْوَانَنَا الْمُسْلِمِيْنَ فِيْ فِلَسْطِين، اللَّهُمَّ عَلَيْكَ بِالْيَهُودِ الْمُعْتَدِينَ وَمَنْ وَالَاهُمْ، اللَّهُمَّ عَلَيْكَ بِالْيَهُودِ الْمُعْتَدِينَ وَمَنْ وَالَاهُمْ ، اللَّهُمَّ عَلَيْكَ بِالْيَهُودِ الْمُعْتَدِينَ وَمَنْ وَالَاهُمْ.
اَللَّهُمَّ اِنَّنَا نَجْعَلُكَ فى نُحُورِهِمْ ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُورِهِم، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَ فَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، يَا قَهَّار، يَا جَبَّار، يَا مُنْتَقِم، يَا الله، يَا الله، يَا الله.
MAKSUDNYA:
“Ya Allah muliakanlah Islam dan kaum muslimin, dan hinakanlah kesyirikan dan kaum musyrik, Ya Allah hancurkan musuh-musuhMu yang merupakan musuh-musuh agamaMu (Islam), Ya Allah binasakanlah kekufuran, toghut dan orang-orang yang zalim yang membunuh saudara-saudara semuslim kami di Palestin. Ya Allah kenakan balasan ke atas Yahudi yang melampau dan sesiapa yang berwalikan mereka, Ya Allah kenakan balasan ke atas Yahudi yang melampau dan sesiapa yang berwalikan mereka, Ya Allah kenakan balasan ke atas Yahudi yang melampau dan sesiapa yang berwalikan mereka.
Ya Allah kami jadikan Engkau di hadapan mereka dan kami berlindung denganMu dari kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah cerai-beraikan kekuatan mereka, pecah-belahkan kesatuan mereka, selerakkanlah kalimah mereka, dan goncangkan kedudukan mereka, Wahai Tuhan Yang Maha Gagah, wahai Tuhan Yang Maha Keras, wahai Tuhan Yang Maha Membalas, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah.