Negeri

Tuanku Syed Faizuddin ucap selamat tahun baru

KUALA LUMPUR 1 Jan. – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil beserta anakanda-anakanda iaitu Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah, Hajah Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail menitahkan ucapan selamat menyambut tahun baru Masehi 2025 kepada seluruh rakyat negeri Perlis tersayang.

Baginda berdua yakin, seluruh warga Perlis akan terus menerus melipatgandakan usaha dalam memberikan fokus terhebat terhadap segala perancangan untuk 2025 dan mengingatkan agar iktibar dan pedoman daripada segala gerak kerja dan pelaksanaan amanah dan tanggungjawab di sepanjang tahun 2024 sebelum ini diambil sebagai pengajaran untuk memastikan perancangan yang disusun mempunyai keberkesanan, nilai tambah dan memiliki penambahbaikan yang lebih jitu dan pantas.

Pada kesempatan yang sama Tuanku Syed Faizuddin Putra turut menitahkan ucapan berbanyak terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesejahteraan kepada baginda seisi kerabat dan juga kepada yang telah mempersembahkan ucapan selamat menyambut hari ulangtahun keputeraan baginda pada 30 Disember 2024 melalui pelbagai medium yang tidak sempat baginda jawab satu persatu.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button