Tragedi Oktober, Hotel Bintulu jadi saksi Wahab diganggu secara seksual
Bumi Sarawak mungkin menjadi saksi utama penolong pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti J-KOM, Abdul Wahab Abd Kader diganggu secara seksual pada 21 Oktober di Bintulu.
Yang mana pada tarikh itu di Bintulu, berlangsungnya proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak.
Tidak pasti sama ada Abdul Wahab diganggu secara seksual semasa subuh, pagi, tengahari, petang atau malam namun dakwaannya, kejadian berlaku di sebuah hotel, bukan tepi dewan komuniti.
Namun demikian, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata perkara ini tercetus pun kerana susulan laporan dibuat Abdul Wahab di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, Selangor.
“Abdul Wahab mendakwa tampil membuat laporan bagi melindungi diri selain menafikan terbabit di dalam komplot menjatuhkan dan mereka-reka cerita terhadap Ketua J-KOM Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff.
“Siasatan masih diteruskan dan kita akan panggil beberapa individu lagi bagi diambil keterangan,” ujar Razarudin
Menurutnya, polis membuka siasatan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan Seksyen 377D atas kesalahan melanggar kesopanan.