Hiburan
Tom Hanks dan isteri positif COVID-19
KECOH dalam kalangan peminat aktor Hollywood, Tom Hanks dan isteri, Rita Wilson dijangkiti Covid-19.
Ciapan agensi berita Reuters yang membawa perkhabaran itu dikongsi di media sosial Facebook dalam kalangan para peminat Hanks.
Pengurus Hanks mengesahkan bahawa aktor berusia 63 tahun itu mempunyai tanda-tanda atau simptom virus tersebut termasuk tangannya sejuk, berpeluh, sakit sendi-sendi dan selesema.
Menurut laporan Sky News Australia, aktor yang berusia 63 tahun itu, kini mendapat rawatan di sebuah hospital di Australia. – SM