ADUH mesyuarat online lagi. Terpaksa pakai elok-elok lagi. Bising diganggu ahli keluarga, tiada suasana pejabat. Bukan mudah untuk bekerja dari rumah.
Itu antara rungutan apabila terpaksa bekerja dari rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan COVID-19.
Ketika ini bagi mengelakkan penyebaran virus maut itu, banyak syarikat memutuskan supaya kakitangan bekerja dari rumah.
Sayangnya, sistem kerja ini berisiko menyebabkan terjadinya gangguan stres bagi sebahagian para pekerja kerana dianggap membosankan dan menghilangkan mood untuk bekerja.
Pakar-pakar dan ahli perniagaan terkenal memberi lima tip untuk menghindari tekanan perasaan sebagaimana dilaporkan CNN Money:
Atur Waktu Rehat
David Rabin yang merupakan seorang naib presiden pemasaran komersial global di Lenovo mengatakan bahawa mengambil kira waktu rehat masa kerja bekerja lapan jam tanpa henti dalam sehari, boleh meningkatkan produktiviti.
“Ada waktu rehat minum kopi, makan tengah hari, dan berborak dengan rakan kerja yang berehat melalui video call, itu membantu berehat,” ungkapnya.
Atur Jadual Kerja yang Fleksibel
Julie Morgenstern seorang konsultan kerja sekaligus penulis menyebutkan bahawa membatasi diri sendiri dalam bekerja di rumah merupakan suatu cara yang tidak tepat. Justeru menurutnya, Anda harus memilih untuk mencocokkan persekitaran dengan jenis pekerjaan yang anda lakukan.
“Seperti membuat beberapa struktur kerja, yang diselangi waktu untuk bermain dan mengatur ruangan untuk bekerja,” saran Morgenstern.
Morgenstern juga menyarankan panggilan telefon melalui video call setidaknya tiga kali seminggu. Ini bermanfaat untuk menciptakan lebih banyak interaksi dan menghindari kesepian.
“Kami dapat melihat wajah setiap orang kerana semua orang menggunakan laptop mereka sendiri dengan kamera mereka sendiri, itu benar-benar penting,” ujarnya.
Menetapkan Had Waktu Kerja
Menurut Morgenstern bahawa perlu diingat bekerja dari rumah bukan bererti anda harus bekerja lebih banyak. Justeru disiplin dengan jadual kerja pengurus dan rakan kerja, dapat membantu tetap produktif meski tidak bekerja bersama di pejabat.
“Dan, sewaktu hari kerja berakhir, singkirkanlah peralatan kerja anda dan gantilah pakaian santai anda untuk memberikan tanda giliran untuk waktu peribadi,” katanya.
Beberapa tips tersebut patut anda cuba, untuk menjaga keadaan psikologi anda tetap stabil, setelah melalui waktu pekerjaan yang panjang. – SM
BACA JUGA:
KLIK PAUTAN UNTUK INFO COVID-19