Luar Negara

Rakyat saman Jokowi kerana gagal tangani COVID-19

JOKO WIDODO atau Jokowi menjadi pemimpin dunia pertama disaman oleh rakyat sendiri kerana gagal menangani wabak COVID-19.

Enam orang mewakili pengusaha industri kecil dan sederhana memfailkan saman sivil itu di Mahkamah Jakarta Rabu lalu, menuduh Jokowi sebagai lalai.

Mereka menyifatkan Jokowi lalai dan semberono dalam menangani wabak Covid-19 sehingga menyebabkan kerugian kepada para pengusaha ekoran kes yang tidak terkawal.

“Kami berasa telah terjejas akibat daripada kelalaian Presiden Joko Widodo,” katanya lapor merdeka.com.

BACA:

COVID-19: Elak perhimpunan 6 bulan ke setahun

Salah satu perkara yang dibangkitkan ialah kelewatan Jokowi menyekat kemasukan pekerja asing dan pelacong dari China khususnya yang menjadi punca wabak COVID-19.

Dalam saman terhadap Jokowi itu mereka juga berkata, kerajaan juga tidak melaksanakan proses kuarantin dengan segera serta gagal memberi maklumat kepada masyarakat dengan tepat mengenai penularan wabak.

Mereka juga menuntut supaya kerajaan Indonesia supaya lebih bertanggung jawab terhadap kesihatan rakyat dan memastikan dibantu dari segi kewangan serta keperluan harian.

Indonesia kini berdepan dengan situasi getir untuk melaksanakan kuarantin penduduk yang terlalu padat.

Pada masa sama jumlah kematian akibat wabak COVID-19 sedang meningkat mendadak dan merupakan yang tertinggi di rantau ini.

Jokowi sebelum ini memberi alasan bahawa perintah kawalan pergerakan atau lebih ketat perintah berkurung tidak sesuai dilaksanakan di Indonesia kerana mempunyai budaya yang berbeza berbanding dengan negara lain.

Beliau juga lebih menekankan kepada penjarakan sosial dan penjagaan kebersihan bagi melawan virus korona daripada terus merebak.

Dari liputan media negara berkenaan jelas menunjukkan ramai yang masih keliru kerana kurang maklumat yang jelas.

Ada yang keluar bersiar-siar dan berjemur kononnya adalah untuk mematikan virus berkenaan memastikan kesihatan terjaga.

Sehinggakan ada kes pelancong asing yang mati di atas motosikal di Bali dan disahkan kerana virus berkenaan, kerajaan Indonesia tidak melaksanakan tindakan yang lebih tegas bagi mengekang penularannya. – SM

KLIK PAUTAN UNTUK INFO COVID-19

http://www.moh.gov.my/index.php

(Visited 238 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button