JenayahMahkamahNasionalNegeri

Tiga lelaki direman berkaitan penemuan ganja 70 kilogram bernilai RM217,000

POLIS hari ini mendapat perintah reman bagi menahan tiga lelaki bagi siasatan lanjut berhubung penemuan dadah jenis ganja seberat 70 kilogram bernilai RM217,000 di atas sebuah motosikal di sebuah kebun getah di Padang Besar, pukul 12.15 tengah hari, 26 Oktober lalu.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kangar, Ahmad Hamdi Mustafar mengeluarkan perintah reman selama seminggu mulai hari ini.

Ia bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Tiga suspek berkaitan kes ganja dibawa masuk ke Mahkamah Kangar. – Gambar Ihsan Sin Chew Daily

Dalam laporan semalam pada sidang media di Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis di Kangar oleh Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim memberitahu, empat suspek bersama seorang lagi telah ditahan ekoran penemuan dadah jenis ganja dan juga sepucuk senjata api bersama 50 butir peluru.

Bagaimanapun katanya, kesemua ke empat suspek ditahan reman bagi menjalankan siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 terlebih dahulu.

“Tiga suspek ditahan reman 27 Oktober sehingga 1 November,” katanya.

Manakala suspek keempat pula katanya, direman selama enam hari mulai 31 Oktober hingga 6 November ini.

Muhammad berkata, jenayah ini berjaya dibongkar apabila sepasukan polis dari Cawangan Risik Polis Gerakan Am (PGA) Batalion 3, Bidor, Perak yang terdiri dari seorang pegawai dan sembilan anggota sedang membuat rondaan Op Taring di lokasi kejadian.

Beliau berkata, pasukan ini juga pada ketika itu nampak kelibat seorang lelaki yang memberhentikan motosikal jenis Honda EX5 C100 warna merah lalu merebahkannya sebelum bertindak melarikan diri.

“Hasil pemeriksaan ke atas motosikal berkenaan telah ditemui sebungkus plastik hitam yang didalamnya mengandungi dua bungkusan guni putih,” katanya.

Katanya, satu bungkusan guni itu mengandungi 32 ketulan mampat yang dibalut dengan plastik lut sinar yang disyaki dadah jenis ganja seberat 32 kilogram dan satu lagi guni berisi 38 ketulan mampat yang dibalut dengan plastik lut sinar yang disyaki dadah jenis ganja seberat 38 kilogram yang kesemua bernilai RM217,000.

Katanya, hasil pemeriksaan seterusnya telah dijumpai sepucuk senjata api jenis Beretta bersama sebuah kotak berisi 50 butir peluru 9mm.

“Siadatan awal oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPK Perlis bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibupejabat Polis (IPD) Padang Besar telah membawa kepada penangkapan empat suspek lelaki tempatan berhubung kes ini,” katanya. – SM

BACA Empat suspek diberkas berkaitan penemuan ganja bernilai RM217,000, sepucuk pistol

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button