Jenayah

Tiga ahli sindiket Ah Long ditahan

TIGA lelaki warga tempatan yang juga ahli sindiket Ah Long ditahan dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Cemerlang 2, Banting, Selangor, malam tadi.

Kesemua yang ditahan berusia dalam lingkungan 21 hingga 27 tahun dan dipercayai aktif selama lima tahun serta mempunyai rangkaian di Selangor dan Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner, Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, sindiket ini bergiat aktif dengan cara mengugut mangsa yang gagal membayar faedah atau modal pinjaman.

“Ugutan dilakukan menerusi aplikasi Whatsapp, sistem pesanan ringkas (SMS) dan Facebook.

“Selain itu sindiket ini juga bertindak mengedarkan risalah yang mengandungi perkataan mengaibkan di pejabat dan rumah mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Nik Ezanee, selain tangkapan pihaknya turur merampas enam buah telefon bimbit, sekeping cek, kad bank (27 keping) serta dua buah kereta jenis BMW dan Toyota Vios.

Tambahnya, kesemua suspek ditahan reman selama empat hari dan disiasat di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button