Travel

Tidak perlu permit polis penerbangan ke Langkawi

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menjelaskan bahawa penerbangan ke Pulau Langkawi tidak memerlukan permit polis.

“Bagi program perintis pelancongan ‘travel bubble’ Langkawi: Hanya pelancong yang menggunakan pengangkutan darat dari luar negeri sahaja diperlukan mendapat surat dari PDRM bagi tujuan rentas negeri dan SJR. Pelancong yang menggunakan pesawat udara tidak perlu surat polis.,” katanya dalam hantaran ke Twitternya.

Langkawi bakal menjadi projek perintis gelembung pelancongan dan dibuka kepada para pengunjung yang lengkap vaksin.

Ia bertujuan bagi menggerakkan pelancongan domestik yang selama ini pegun setelah dilanda pandemik Covid-19.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button