Tiada universiti boleh menolak pelajar yang tidak mampu membayar yuran pendaftaran
TIADA universiti Malaysia boleh menolak pelajar miskin yang tidak mampu membayar yuran pendaftaran.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata arahan itu telah dikeluarkan kepada institusi pengajian tinggi.
Anwar, yang juga menteri kewangan, berkata pelajar mesti dibenarkan mendaftar untuk pengajian tinggi, manakala Kementerian Pengajian Tinggi dan jabatan berkaitan menyelesaikan isu itu.
“Beberapa keluarga, dari Ampang dan Tambun, berkata mereka terpaksa menolak tawaran (untuk anak-anak mereka melanjutkan pelajaran) kerana mereka tidak mampu membayar yuran RM1,800.
“Buat pertama kali dalam sejarah, saya keluarkan arahan tahun ini, tidak ada anak kita boleh ditolak universiti,” katanya dalam ucapan pada perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan hari ini.
Beliau berkata Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyediakan Pemberian Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) sebanyak RM1,500 setiap seorang kepada pelajar yang layak bagi menampung sebahagian perbelanjaan pengajian ijazah.
Inisiatif yang layak untuk pelajar Malaysia yang ibu bapa atau penjaganya adalah penerima Bantuan Tunai Rahmah (STR), adalah untuk memastikan tiada pelajar tercicir daripada melanjutkan pelajaran kerana masalah kewangan. -SM
Baca : 10 kakitangan UPSI dalami strategi pengajaran di University of Pennsylvania