Tiada simptom tetapi positif Covid-19 – Emma Maembong
TIDAK mengalami sebarang petanda dijangkiti Covid-19 tetapi disahkan positif wabak tersebut selepas menjalani ujian saringan.
Itu yang terpaksa dilalui oleh Emma Maembong selepas menjalani ujian saringan Covid-19 di rumahnya.
“Sangat bagus dan profesional. Mereka boleh datang ke rumah dan lakukan. Saya tiada apa-apa simptom tapi keputusan ujian calitan positif.
“Jadi, walaupun rasa sihat, buat sahaja ujian calitan sebab kita tidak tahu ada atau tidak virus tersebut dalam diri kita,” katanya.
Emma turut menasihatkan orang ramai supaya mengikut arahan dan patuh pada pematuhan operasi standard yang ditetapkan kerajaan.
Dalam pada itu, suami Emma, Shazli Azhar, turut disahkan positif virus itu dan berkongsi tentang perkembangan dirinya menerusi Instagram.
Manakala bayinya, Shariq Gabriel yang berusia tiga bulan negatif virus tersebut selepas menjalani ujian calitan. -SM