Tiada keperluan bersihkan warga asing, mereka belum habis raba gadis Melayu
Tiada keperluan untuk bersihkan warga asing yang semakin bermaharajalela dalam negara kerana belum habis gadis Melayu diraba mereka.
Aksi seorang warga asing dipercayai Rohingya meraba seorang pelajar sekolah berusia 14 tahun di sebuah pasar raya di Sungai Buloh pun bukanlah kali pertama.
Melihat pada rakaman CCTV yang tular, ada yang kata, itu bukan lagi meraba, menyentuh dan menekup dada pelajar perempuan itu dengan sengaja untuk ‘rasa’.
Kisah warga asing raba gadis Melayu, cabul kanak-kanak dan sebagainya, tidak pernah habis dan banyak editor media pun sampai naik malas nak ‘cover’.
Sebab penghujungnya, cerita tetap sama. Seorang kena tahan dan di tempat lain, masih ada warga asing lain pula yang buat ‘tahi’ dan tidak tahu siapa nak bersihkannya.
Rakyat telah mencelupkan jari, memilih wakil rakyat untuk menyelesaikan permasalahan ini, kerana dakwa mereka, kena ada kuasa baru benda boleh jadi.
Malangnya setelah diberi kuasa, orang Eropah datang Malaysia.. turun KLIA, masuk KL Sentral, tak boleh kenal atau cam mana satu rupa orang Melayu.
Sedangkan bila orang Melayu ke negara seperti Jepun, Taiwan, Korea, hatta China atau India, kita boleh kenal rupa orang asal yang sepatutnya untuk dipergambarkan.
Pada pihak mana lagi yang boleh rakyat bersuara? Kalau bercakap lebih, takut dikatakan melanggar 3R. Media lantang sikit pun, jadi masalah juga, risau kena tutup laman web. Jadi pada siapa lagi kita nak berharap?
Allah SWT adalah jawapannya dan kita boleh berharap dengan DOA!