Nasional

Thamby akhirnya serah diri

SUSPEK yang diburu polis iaitu Vikneswarar Nagentiran atau dikenali sebagai Thamby@Vinod telah menyerah diri semalam.

Difahamkan, suspek berusia 28 tahun itu hadir sendiri ke Balai Polis Rawang, Selangor pada malam semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, suspek kini direman selama tujuh hari bermula hari ini.

“Seorang lagi suspek yang tamat reman hari ini disambung reman selama tujuh hari lagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BACA> Satu jam Muhammad Faris berpaut pada pelampung pukat ikan, menangis, minta tolong

Semalam, polis memburu Vinod selepas menahan suspek ke lapan iaitu Sheikh Ismail Sheikh Hassan atau El.

Related Articles

Mereka ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes culik dan bunuh seorang lelaki berpangkat Datuk Seri berusia 55 tahun.

Media sebelum ini melaporkan penemuan mayat yang dipercayai seorang Datuk Seri berusia 55 tahun di Kawasan belukar di Batu 27, Jalan Rawang, Bestari Jaya kira-kira pukul 9 pagi pada 27 Jun lalu.

Mangsa diculik ketika sedang berjoging di sebuah taman permainan di Jalan Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya pada 10 Jun lalu kira-kira jam 10.30 pagi.

BACA> Hina Jata Negara: Tiada maaf bagimu

Kehilangan pemaju hartanah itu diketahui keluarganya pada waktu tengah hari tarikh yang sama selepas menerima panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali meminta wang tebusan sebanyak S$50 juta (RM154 juta).

Selain itu, sehingga kini sebanyak sembilan suspek telah ditahan dan seorang daripadanya bergelar Datuk yang pernah menjadi calon kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor pada pilihan raya umum ke-13. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button