Sukan

Thailand ranap misi Malaysia pertahan emas sepak takraw antara regu lelaki

Skuad sepak takraw lelaki negara gagal mempertahankan pingat emas acara antara regu di Sukan Asia Hangzhou 2022 selepas kecundang kepada Thailand 0-2 pada final di Pusat Sukan Gimnasium Jinhua di sini, hari ini.
Walaupun membawa pulang perak, regu negara telah menampilkan semangat juang tinggi bagi menyaingi kehebatan pihak lawan terutama pada set kedua, namun tuah lebih berpihak Thailand yang dinobatkan sebagai juara selepas merakam kemenangan 21-15, 21-19.
Pada set pertama, trio negara Mohamad Azlan Alias, Amirul Zazwan Amir dan Muhammad Zarif Marican bermula baik apabila berjaya mengikat kedudukan 11-11 sebelum Thailand yang dibarisi Pansan Pichet, Yupadee Pattarapong dan Khamchan Sittipong mula melebarkan jurang mata.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button