Nasional

Terengganu benarkan masjid dan surau solat berjemaah

TERENGGANU membenarkan solat fardu berjemaah dan solat Jumaat di semua masjid dan surau negeri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 hingga 18 Februari.

Kebenaran itu selepas mendapat perkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.

Jumlah jemaah dibenarkan bersolat adalah mengikut kapasiti masjid dan surau namun, pihak pengurusan perlu memastikan semua pihak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan iaitu tidak memasang penyaman udara sepanjang solat berlangsung, membawa sejadah sendiri dan memakai pelitup muka.

“Selain itu, jawatankuasa masjid dan surau dikehendaki melakukan sanitasi ruang solat dan kawasan sekitar termasuk tandas dan ruang wuduk sebanyak tiga kali seminggu.

“Pihak itu juga bertanggungjawab sepenuhnya dalam mematuhi SOP kesihatan dan keselamatan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Sekiranya gagal, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu boleh mengambil tindakan dengan menutup masjid atau surau berkenaan,” kata Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM), Datuk Osman Muda dalam kenyataan hari ini.

Katanya, aktiviti kuliah harian dan aktiviti keagamaan serta kemasyarakatan lain masih tidak dibenarkan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button