Jenayah

Tercampak dari bot, pemancing dikhuatiri lemas

SEORANG pemancing dikhuatiri lemas selepas didakwa tercampak keluar dari bot fiber yang dinaikinya semasa melakukan aktiviti itu di perairan Pulau Layak di Rompin, Pahang, semalam.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Suprintenden Azari Miskon berkata, mangsa dikenali sebagai Md Fadhil Hanafi Chik, 29, berasal dari Endau, Johor, didakwa keluar memancing bersama rakannya, Suhardi Sumarno, 39. Suhardi berjaya menyelamatkan diri apabila bot itu didakwa hilang kawalan.

“Keterangan awal Suhardi mendakwa, mereka berdua tercampak keluar selepas bot itu berpusing beberapa kali pada malam Selasa, apabila dia menghidupkan enjin selain turut mendengar bunyi seperti mangsa dilanggar bot.

“Suhardi mendakwa dirinya berenang sehingga ke Pantai Pulau Layak dan diselamatkan oleh bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang melakukan rondaan di sekitar pulau itu semalam,” katanya.

Menurut Azari, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dimulakan pada 2.00 petang semalam melibatkan 13 pegawai dan anggota polis serta APMM, bersambung hari ini. SUMBER BERNAMA – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button