Nasional

Terap konsep pendidikan rasulullah dalam mendidik murid

Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang suatu hari nanti yang bakal menjadi pendidik perlu meneladani konsep pendidikan yang diamalkan baginda Rasulullah SAW.

Kontinjen portfolio Timbalan Naib Canselor (akademik dan Antarabangsa) memenangi tempat pertama Pertandingan Perarakan menerima wang tunai RM 500.

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata demikian pada majlis sambutan Maulidul Rasul Peringkat UPSI anjuran Pusat Islam di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah.

Terdahulu, sebanyak 18 kontinjen berarak dari UPSI Sport City ke Dewan Tuanku Canselor dan memasuki dewan untuk meneruskan majlis sambutan yang dihadiri lebih 4,000 kakitangan dan pelajar baharu ambilan Oktober 2022.

Kontinjen yang mengambil bahagian bersedia berarak di UPSI Sport City.

Md Amin berkata Rasulullah SAW adalah suri teladan kepada umat manusia yang perlu dicontohi dalam menjalani kehidupan terutamanya dalam melaksanakan pekerjaan seharian.

Katanya, sambutan Maulidul Rasul bertemakan Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran tahun ini menekankan kesajhteraan hidup yang menekankan prinsip hidup bersama.

“Ia selari dengan semangat kelurga UPSI yang mengutamakan nilai-nilai keinsanan yang diterapkan dalam pekerjaan menerusi nilai 5K iaitu kekeluargaan, kasih sayang, keseronokan, kreativiti dan kesegeraan,” katanya.

Ahli panel terdiri daripada Ustaz Syed Norhisham Tuan Padang dan Ustazah Isfardiah Md Dasuki dipengerusikan oleh Ustaz Hasbi Abdul Rahman (tengah).

Beliau berkata sebagai warga UPSI perlu saling membantu meningkatkan pencapaian UPSI dan kini UPSI menjadi universiti yang disegani dan dihormati masyarakat.

“Kita juga harus mempertahankan ukhwah dan bersatulah demi UPSI kerana nama baik universiti harus dipelihara,” katanya.

Beliau menyeru agar semua warga UPSI memperkukuhkan rasa cintakan Rasulullah sebagai tokoh sepanjang zaman yang menjadi contoh dalam menjalani hidup.

Kumpulan nasyid dari Kelab Kebudayaan dan Kesenian Kakitangan ( KESAKTI) menyampaikan Selawat Nabi seterusnya menyampaikan “Syamail Muhamadiah’ dan “ “Kepadamu Kekasih”.

Lebih 4,000 hadirin turut mengikuti forum bertajuk “Rasulullah SAW Idola Agung” melibatkan panel Ustaz Syed Norhisham Tuan Padang dan Ustazah Isfardiah Md Dasuki yang dipengerusikan oleh Ustaz Hasbi Abdul Rahman dari Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI.

Bersemangat berarak walaupun hujan renyai-renyai.

Kedua-dua panel membicarakan kehebatan sifat-sifat Rasulullah sebagai insan mulia dan berkeperibadian luhur sanjungan umat manusia tanpa mengira bangsa.

Hadir sama Ahli Lembaga Pengarah UPSI, Datuk Seri Ahmad Burak; Pengarah Pusat Islam, Tarmizi Abdul Rahman; Pendaftar, Helmi Zaifura Abdul Rahman serta Bendahari, Mohamad Najib Mohamed.

Sempena sambutan diadakan Pertandingan Perarakan dari UPSI Sport City ke Dewan Tuanku Canselor. Tempat pertama dimenangi kontinjen di bawah portfolio Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang meraih hadiah wang tunai RM500; naib johan, Kontinjen Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (RM300), manakala tempat ketiga dimenangi kontinjen di bawah portfolio Naib Canselor dengan hadiah wang tunai RM200.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button