Hiburan

TBA bersatu untuk konsert pertama di Malaysia

BUAT pertama kalinya, konsert kumpulan TBA dari Indonesia, yang dianggotai oleh Teuku Ryzki, Bastian Steel, dan Alvaro Maldini, akan diadakan hasil kerjasama antara Ikarl Project dari Malaysia dan Evb Group dari Singapura. Konsert ini turut mendapat sokongan daripada Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (Irama), dengan Emina Cosmetic Malaysia sebagai penaja utama.

Konsert sulung TBA, yang popular dengan lagu “U-Uh”, dijadualkan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 29 November ini. Trio ini mula meniti populariti melalui genre pop dan persembahan bertenaga semasa dikenali sebagai Coboy Junior, yang terdiri daripada Ryzki, Iqbaal, Bastian, dan Aldi.

Mereka mencuri perhatian ramai dengan lagu-lagu seperti “Kamu” (2011), “Eeaaa” (2012), dan “Kenapa Mengapa” (2012).

Menurut penganjur, mereka yakin peminat akan disajikan dengan persembahan yang hebat, bertenaga, dan dinamik daripada TBA. “Kami sangat teliti dalam pemilihan artis untuk dibawa ke Malaysia. TBA adalah pilihan yang tepat kerana mereka mempunyai kualiti persembahan yang luar biasa,” ujar penganjur.

Dalam konsert ini, TBA akan mempersembahkan koleksi lagu-lagu hit mereka serta beberapa lagu baru yang belum pernah didendangkan sebelum ini. Peminat pasti akan terhibur dengan persembahan memukau, menjadikan malam itu pengalaman yang tidak boleh dilepaskan.

Selain TBA, peminat juga akan disajikan dengan persembahan oleh UN1TY dan artis tempatan, Syaffiq Sahli.

Pada awalnya, penganjur merancang untuk menampilkan Amir Hariz, yang terkenal dengan lagu “Peluang Kedua”. Namun, selepas isu kecaman terhadapnya akibat aktiviti yang tidak sesuai di TikTok, penganjur memutuskan untuk menggantikan Amir Hariz dengan Syaffiq Sahli.

Maklumat lanjut mengenai pembelian tiket untuk Konsert TBA boleh didapati di evb.ubertickets.asia.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button