BeritaPolitik

Johan belasah DAP sebagai punca segala masalah PH

TAN SRI Johan Jaaffar figura dihormati di dalam industri media dan pernah mengemudi Utusan Malaysia dengan penuh gemilang.

Bagaimanapun kerana konflik Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998, beliau diarahkan meletakkan jawatan kerana dibawa masuk ke akhbar berkenaan oleh Anwar.

Anak beliau Syahredzan Johan bertugas sebagai Setiausaha Politik kepada pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

Beliau telah mengkritik DAP sebagai punca segala masalah di dalam Pakatan Harapan (PH)

Berikut kritikan Johan disiarkan di akhbar Sinchew:

1.     Ramai pemimpin Melayu dalam Kerajaan PH mula meyakini bahawa DAP adalah punca masalah PH.

2.     Terdapat pemimpin Melayu dalam Kerajaan PH yang percaya bahawa nasib malang menimpa PH adalah kerana DAP.

3.     Undian yang menyatakan Menteri-menteri DAP lebih bagus tidak mencerminkan suara sebenar rakyat.

4.     Menteri-menteri DAP sibuk melayan media tertentu supaya mereka diangkat sebagai Menteri-menteri yang bagus.

5.     Pemimpin-pemimpin DAP masih berkelakuan seperti mereka dalam barisan pembangkang.

6.     Cubaan pemimpin-pemimpin DAP untuk menunjukkan ia adalah sebuah parti berbilang kaum adalah cubaan lemah.

7.     DAP masih dilihat sebagai sebuah parti Cina dan kepada ramai Melayu DAP masih sebuah parti rasis dan Cauvinis Cina.

8.     DAP gagal dengan teruknya dalam usahanya untuk mendekati orang-orang Melayu.

9.     Sesetengah daripada pemimpin DAP langsung tidak cuba melibatkan diri dengan golongan Melayu.

10.     Sesetengah daripada pemimpin DAP membuat kenyataan yang tidak boleh diterima oleh orang-orang Melayu.

11.     Pemikiran bahawa DAP melemahkan kepentingan orang-orang Melayu sedang bergerak hebat.

12.     BN dan Umno tidak perlu menggunakan kad perkauman lagi kerana pemimpin-pemimpin DAP sedang menolong mereka melakukannya.

13.     Mendekatkan diri dengan golongan Melayu, termasuk dalam menyediakan bajet, bukanlah kekuatan Lim Guan Eng.

14.     Gobind Singh Deo bekerja keras untuk menunjukkan kemampuannya, tetapi sedihnya beliau terperangkap dalam kejahilannya.

15.     DAP hampir tidak sedar apa yang berlaku di sekeliling mereka.

16.     Pemimpin-pemimpin DAP masih terperangkap dalam set minda lama.

17.     Hubungan awam sesetengah daripada pemimpin DAP adalah teruk.

18.    Pegawai-pegawai pemimpin-pemimpin DAP membentengi bos-bos mereka dalam zon selesa mereka sendiri.

19.     Saya tidak terkejut ramai pemimpin Melayu dalam PH menyesali kehadiran DAP dalam pakatan itu.

20.     Ramai pemimpin Melayu dalam PH percaya keadaan akan menjadi lebih baik tanpa kehadiran DAP dalam PH.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button