Tamat Darurat: Tun M hadir di Istana Negara, Anwar tidak
Hasrat untuk melihat bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar tampil bersama-sama hari ini tidak kesampaian
Hanya Dr. Mahathir tampil pada sesi penyerahan surat kedua kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara bagi memohon perkenan Baginda untuk menerima petisyen rayuan menamatkan darurat sebentar tadi. Dr. Mahathir tiba kira-kira pukul 3.00 petang.
Inisiatif tersebut digerakkan oleh Jawatankuasa Rayuan Tamatkan Proklamasi Darurat yang dipengerusikan oleh Khalid Abdul Samad.
Menurut Pengerusi Ahli Parlimen Shah Alam itu, Anwar tidak dapat hadir kerana berada di Port Dickson. Turut tidak dapat menyertai Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Hanya tiga orang dibenarkan masuk ke dalam Istana Negara iaitu Dr. Mahathir, Khalid dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.
Semalam Khalid berkata, beliau telah menjemput Dr. Mahathir, Anwar dan Guan Eng untuk bersama-sama menyertai rombongan ke Istana Negara.-SM