Tak sempat sambut hari lahir ke-8, dua beradik maut langgar lari
Dua orang pasangan adik beradik lelaki maut selepas dilanggar sebuah kereta secara langgar lari pada petang Selasa di Wellington, New South Wales, Australia.
Dalam kejadian itu, Shane dan Sheldon Shorey yang maut masing-masing berusia 6 dan 7 tahun sedang berjalan menuju ke sebuah kolam renang bersama ibunya, Shayleen Frail, 34, dan dua lagi kanak-kanak lelaki lain berusia 9 dan 10 tahun.
Manakala, kanak-kanak yang berusia 10 tahun itu terpaksa dipotong kakinya ekoran kemalangan itu.
Dalam satu temubual bersama kanak-kanak lelaki itu, dia berasa sedih kerana impiannya untuk menjadi pemain boleh tidak akan kesampaian.
Sementara itu, ayah kepada dua pasangan adik beradik yang maut, Joseph Shorey, meluahkan rasa hiba kerana pada keesokan hari kejadian itu berlaku, anaknya akan menyambut hari jadi yang ke – 8.
Shorey juga berkata dia sedih memikirkan kedua-dua anaknya itu bercita-cita ingin menjadi ahli bomba.
Susulan daripada itu, pihak polis menahan pemandu kenderaan, Jacob Donn kerana didapati menyebabkan kematian dan dia akan berhadapan dengan 14 tuduhan.