Tak pernah kata, tak sokong UMNO bermaksud tak sokong perjuangan Islam – Dr Akmal Saleh
Parti politik ini bukan agama. Berikutan kenyataan menteri besar kelantan yang baru dilantik yang mana beliau mengatakan dua adun pembangkang di kelantan adalah yang melawan perjuangan Islam
Tidak bermakna orang yang tidak menyokong parti YAB menteri besar kelantan bermakna orang itu melawan perjuangan islam
Sejak dari merdeka sehingga pru 14 Islam tetap terbela dan dimartabatkan di bumi Malaysia ini walaupun bukan parti Pas yang memerintah ketika itu.
Malah Malaysia ketika itu cukup dikenali seluruh dunia dengan model negara islam antara yang terbaik di dalam dunia dan ketika itu tunjang parti kerajaan adalah UMNO dan tidak pernah sekalipun UMNO mengeluarkan sesiapa yang tidak menyokong UMNO maka tidak menyokong perjuangan islam.
Cukup2 lah untuk politik perpecahan ini,rakyat memerlukan pemimpin mereka bekerja dan bukannya memecah belahkan rakyat dengan sentimen yang extremist.
Politik seharusnya menyatukan rakyat bukan memecah belahkan rakyat
Parti politik digunakan untuk mempertahankan agama,bukan agama digunakan untuk mempertahankan parti politik.
Jangan kita yang menjadi fitnah dan imej buruk untuk agama Islam dimata orang lain.
Dr Akmal Saleh
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia