NasionalUncategorized

Tak perlu jolok tekak sampai berair mata, air liur boleh digunakan untuk kesan jangkitan Covid-19

HANYA menggunakan air liur dan dibawa sendiri ke makmal untuk tujuan pengesanan sama ada sudah dijangkiti Covid-19 atau tidak.

Itu yang dilakukan oleh syarikat Alif Masyhur bersama Fjord Diagnostics (Alif-FJord) yang memperkenalkan kit ujian saringan Covid-19 dengan menggunakan sampel air liur menerusi alat Sediprep bagi mengesan jangkitan wabak tersebut.

Pengerusi Eksekutif Alif Masyhur, Datuk Mazlan Sabli berkata, kaedah menggunakan sampel air liur ini lebih mudah, selesa dan selamat kerana semua pengumpulan sampel dilakukan sendiri sama ada di rumah atau pejabat dan tidak perlu ke pusat kesihatan.

“Menerusi kaedah ini juga, kerajaan akan dapat melakukan penjimatan ketika melakukan ujian saringan kerana penggunakan peralatan perlindungan diri (PPE) serta perlatan berkaitan dan bilangan petugas juga dapat dikurangkan.

“Peralatan perubatan ini juga telah menerima sijil kelulusan dari Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia (Medical Device Authority), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Medical Device Safety Service dari Jerman,” katanya dalam sidang akhbar baru-baru ini.

(Dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif Alif Masyhur, Sahrizal Omar; Pengerusi Eksekutif Alif Masyhur, Datuk Mazlan Sabli; Pengarah Urusan Fjord Diagnostics, Derrick Tan dan Pengarah Pembangunan Perniagaan Fjord Diagnostics, Robin Chin.

Menurut Mazlan, ujian saringan Covid-19 dengan menggunakan air liur telah dijalankan di beberapa negara dan sudah terbukti lebih murah serta menjadi kaedah pengumpulan sampel paling konsisten.

Ujarnya, pihaknya juga telah bersedia untuk membekalkan kit ujian tersebut di dalam jumlah yang besar buat masa ini.

Setakat ini jelasnya, harga bagi satu kit ujian tersebut dianggarkan berjumlah RM45 dan itu jauh lebih murah berbanding kaedah ujian saringan Covid-19 sedia ada.

Sementara itu, KKM sebelum ini memberitahu yang ujian saringan Covid-19 menggunakan persampelan air liur akan dilakukan di beberapa hospital kerajaan dalam masa terdekat.

Malah, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba juga berkata, kaedah persampelan air liur ini mempunyai ketepatan sebanyak 96.67 peratus berdasarkan penilaian Institut Penyelidikan Perubatan (IMR). -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button