HiburanMahkamah

Tak ingat, tak tahu, serah bulat- bulat kepada defenden ketiga, jawapan popular saksi defendan

Kes perbicaraan Datuk Aishah tuntut lot banglo

SAKSI defendan pertama dalam kes tuntutan lot banglo oleh Juara GV4 tahun 2017, Datuk Wan Aishah Wan Ariffin, Datin Seri Putik Waninda, 37, memberitahu mahkamah, dia adalah seorang surirumah.

Pemeriksaan balas ke atas saksi dimulakan oleh Peguam Izwan dengan carian di SSM dan jawapan penyata saksi serta saksi diingatkan semula kenyataan di bawah sumpah, kenyataan direkod, setuju atau tidak bagi jawapan pandang hakim dan kalau tukar jawapan atau mudah menipu, purgery bawah jenayah dan peguam boleh buat laporan polis.

“Datin Seri pasti suami Datuk Seri tapi tak tahu siapa bagi darjah kebesaran ink.

“Datin Seri kahwin dengan Datuk Seri pada Jun 2017 tapi tak pernah tanya darjah kebesaran dari negeri mana, tak pernah hadir majlis di istana,” kata Izwan dan saksi setuju dan memberitahu mahkamah, dia jarang berada di KL sebaliknya banyak berada di Sarawak.

Izwan bertanya apakah nombor plat kereta saksi dan jawapan diberi, tak ingat dan Peguambela menyebut nombor plat BCC343 Velfire.

Nombor boleh ingat, depan belakang tak pasti nombor plat, kata saksi kali ini.

“Yang penting kita faham, cakap yang benar,” kata Hakim apabila saksi ingin memaklumkan dia dari Sarawak, dialek berbeza.

Izwan: Ada tak gambar Datin Seri dengan Datuk Seri terima darjah kebesaran, pakai selempang di rumah?

Saksi: Tak ada gambar.

“Tak ada gambar Datin Seri bersama suam, memakai selempang di rumah? Datin Seri ialah anugerah yang tinggi,” kata Izwan di hadapan Hakim Rofiah Mohamad yang mendengar kes perbicaraan tuntutan plaintif ke atas tiga defendan yang menaja hadiah tanah lot banglo kepada pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga GV4.

Plaintif, Datuk Wan Aishah Wan Ariffin ialah Juara GV4, Liza Hanim, Naib Juara dan tempat ketiga, Lan Solo.

Ketiga-tiga pemenang layak menerima hadiah tanah lot banglo tajaan Bina Megah Empayar (BME) syarikat milik defendan pertama dan anak tirinya, defendan kedua.

Izwan: Siapa isi borang SSM?

Saksi: Suami dan saya ikut sahaja kalau ada ditulis Datin Seri.

Izwan: Ada kad ke apa-apa yang membuktikan Datin Seri ialah Datin Seri. Kredibiliti saksi perlu dibuktikan di mahkamah.

Saksi mengaku dia ada kad Datin Seri dan apabila diminta tunjuk kad Datin Seri, tiada.

Saksi berkelulusan SPM, ambil sijil komputer setahun di Kuching, Sarawak di Jermai Kolej.

Pengalaman dalam pekerjaan, saksi pernah jadi pramugari MAS selama 3 tahun, bekerja di Essem Company sebagai Personel Assistent di Taman Melawati. Selepas tu, surirumah, kata saksi.

Saksi: Sebavai Administrative Assisten, setuju. Saya office girl, kerani. Julai 2006.

Izwan: Ada akuan link-in.com menyatakan akaun diri sendiri bawah nama Putik Wanninda.

Body Consultant Development pernah terlibat tapi sebelum kahwin. Oktober 2016-present.

Saksi: Saya tak ingat tapi tak boleh nak setuju, saya part time, tak tetap, dipanggil event.

Excellent inter personal skill, as cabin crew 4 tahun, ya betul

Selain BME, ada online business, macam macam, jual tudung, ayam penyet tapi tak buka restoran. COD ayam penyet, mahkamah diberitahu oleh Izwan dan dipersetujui oleh saksi.

Ada bisnes famili punya dan bukan famili punya, kata saksi apabila Peguam Izwan membacakan senarai perniagaan yang berkait dengan nama saksi.

Izwan: Datin Seri ada involve dalam bidang bisnes. Business women.

Saksi: Setuju dan tak ingat siapa isi borang SSM BME tapi tak ingat tandatangan atau tandatangan online dan setuju tubuh BME dengan rela hati tanpa paksaan mana-mana pihak dan pemilik bersama Putera Mohd Hasiff.

Izwan: Partnership, perkongsian. Soalan saya tanya sebagai bekas assisten personal, Putera tak tau perkataan Direktor. Direktor ialah bos, cakap apa sahaja. Tak tanya kenapa letak nama Putera pada Datuk Seri.
Bankrup tak da duit. Tak pasti boleh keluar negara.
Orang yang bankrup ni tak mampu bayar tuntutan orang. Setuju?

Tak tahu, kata saksi.

Title PA to Director, tapi buat apa yang disuruh, kerja kerja kerani, jawab saksi.

Seseorang yang buat kerja bukan pada status bankrup nya tapi boleh buat kerja dan pengalaman dia.
Lantik Datuk Seri, uruskan BME, urusan syarikat dia uruskan. Jawatan Pengarah Urusan dan Operasi, tak ada surat.

Sebab defendan tiga lakukan, serahkan tanggungjawab syarikat kepada dia, kata saksi.

Syarikat ini ditubuhkan kepada defendan ketiga, serahkan semua pada dia tapi tak pasti kalau ada lantikan.

Start dari mana dia jadi Pengarah Urusan dan Operasi, pun saksi kata tak tahu.

Sebelum 11/8/2017 company tak wujud lagi. Dah serah pada dia urus SSM.

Selepas tarikh penubuhan, baru ada jawatan. Semasa dekat SSM, setuju serah semua tentukan type of business, serah pada dia. Sebagai apa? Betul? tanya Peguam Izwan.

Mungkin, tak pasti, ulang soalan, kata saksi.

Berpengetahuan, serah pada dia. Bukan sebagai suami.

Kategori partnership, siapa yang tentukan, soal Izwan.

Tak tahu, tapi putuskan menubuhkan perniagaan defendan ketiga, jawab saksi.

Izwan: Pengalaman kerja dengan syarikat Essem Group, PA to Director, pernah dengar bankrup? Tak pernah tahu berlaku di Malaysia.

Pernah, jawap saksi.

Pemilik BME bersama Putera. Orang luar tak berhak atas untung syarikat. Setuju net profit milik pemilik, soal Izwan.

Setuju, kata saksi.

Izwan: Dari segi rugi, siapa tanggung liability. Pemilik dua orang tanggung.Bila mana Datin Seri setuju, jual nasi ayam untuk dapat untung.
Datin Seri ada tahu, seorang ahli perniagaan bankrup. Masa penubuhan masuk nama syarikat nak lantik blanket consent A to Z, perlu semak latar belakang orang tu. Setuju?

Tak setuju, kata saksi.

Izwan: Nak bagi full power, patut semak background orang tu. Tak pernah semak tentang Datuk Seri, tak pernah semak online, tak pernah buat check up. Cuai. Tak setuju jawab saksi sebab atas dasar kepercayaan.

Bermaksud setuju, reda. Sebagai owner, mahkamah perintah, bankrup. Setuju? Itu risiko, kata saksi dan jawap Peguam Izwan, aha. Saya suka jawapan risiko.

Whatever effect kebankrupan pun, saksi kata dia setuju dan blanket consent tak ada limit.

Sebagai pemilik BME saksi berkata, dia tak tahu BME taja GV tapi tahu ada konsert GV dan mengiyakan GV4 ada lapan konsert dan tengok masa final bersama suami, defendan ketiga.

Lain-lain, tak ingat tengok konsert GV4 sebelum final dan anak-anak yang tengok Youtube termasuk tak tahu video perkahwinannya ada dalam Youtube Online, kata saksi.

Dalam video ini pertandingan menyanyi Gegar Vaganza. Siapa pergi, juara Datuk Aishah, tempat kedua, tak ingat, tempat ketiga, tak pasti, kata saksi tapi pernah tengok live GV dan tahu BME ada sponsor.

Saksi berkata, tiga kali diulang hadiah lot banglo disebut dalam video yang dimainkan dengan izin mahkamah, oleh Peguam Izwan kepada saksi tetapi saksi tidak ingat BME jadi penaja dan kata Izwan, impossible saksi tak dengar tak ingat sampaikan sudah lima tahun hadiah pun tak bagi kepada pemenang.

“Waktu itu, saya sarat mengandung dan tak fokus kerana untuk pengetahuan Tuan peguam, orang mengandung ini kerap pergi ke tandas,” kata saksi.

Hakim tegur Peguambela, skip dan kita tahu saksi ada tengok final GV4, duduk ditengah dan tak lojik tak dengar.

Saksi pernah masuk pertandingan ratu cantik, Miss Beauty Peagent Sarawak, menang kategori Miss Personality dan penyertaan semasa remaja, kata saksi dan kata Izwan, tahniah, kalau dah lama mesti tak ingat dah dapat hadiah atau tidak.

Namun kalau sudah menang, saksi kata, dia expect lot tanah lot banglo untuk bina rumah banglo dan kalau diam sahaja dari penaja, dia akan tanya dan pasrah, reda.

“Tahu expectation tapi saya tak tuntut dan cari jalan lain untuk teruskan hidup. Saya halalkan,” kata saksi dan reda kalau tanah yang diberi untuk cucuk tanam, bukan untuk bina banglo.

Saksi tak rugi sebab tak keluarkan duit kepada syarikat, kata Izwan dan jawab saksi, tak pasti.

Nak promote diri, ada 4,000 followers lebih dalam linked-in tapi tak dapat apa-apa income saksi setuju dan tambah ada detail tentang kita.

Ditanya oleh Peguam Izwan apa tujuan buat linkdin, saksi kata, “saya tak faham soalan.”

Saksi pada ketika ini cuba bertelagah dan menyanggah soalan Peguam Izwan yang memberi contoh, kalau cari pekerja, ada dua pilihan, pilih satu.

Contoh lain diberi Peguam Izwan, handbag YSL harga RM6,000, satu lagi tak ada nama, saksi kata dia beli yang murah.

BME ada beza sebelum dan selepas masuk TV, sponsor GV, orang tahu, marketing value orang kenal.

Mahkamah berhenti rehat. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button