Hiburan

“Syamsul sedia lepaskan Ira hari ini, tapi Ira tidak hadir.’’- Peguam Syamsul

WAKIL peguam pengarah sensasi Syamsul Yusof iaitu Azmi Mohd Rais berkata anak guamnya bersedia untuk melepaskan Ira Kazar namun isterinya tidak hadir ke mahkamah hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Keramat.

‘’Sepatutnya hari ini (Selasa) sebutan kes tuntutan cerai, perceraian dengan kebenaran mahkamah. Saya dimaklumkan Ira tidak hadir kerana dia baru lantik peguam, jadi Syamsul juga tidak hadir.

“Syamsul sedia lepaskan Ira hari ini, tapi Ira tidak hadir. Itu yang dimaklumkan kepada saya. Kalau boleh kes mahkamah ini nak dipercepatkan bukan dilambatkan.

Susulan itu, Azmi berkata mahkamah akan menetapkan tarikh baharu bagi sebutan kedua kes perceraian Syamsul dan Ira.

Hari ini mahkamah akan bagi tarikh baharu untuk sebutan yang kedua. Andai kes cerai ini Ira tak setuju, pasangan tersebut perlu melalui prosedur JKP (Jawatankuasa Pendamai).

Pada 16 Ogos lalu lalu, Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 40, menggejutkan orang ramai apabila membuat keputusan memfailkan perceraian terhadap isterinya, Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.

Menurut peguam yang mewakili Syamsul, Azmi Mohd Rais, pasangan itu sudah tiada kesefahaman.

Terdahulu Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Rentetan daripada itu, pelakon Puteri Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button