Rencah Hidup

Syabas! tahap kesedaran rakyat Malaysia semakin meningkat

TAHAP kesedaran rakyat Malaysia terhadap bahaya wabak COVID-19 semakin tinggi.

Antaranya, di salah sebuah pasar di Shah Alam, Selangor pagi ini, orang ramai menjarakkan diri satu meter antara satu sama lain beratur panjang untuk membeli barang basah.

Tinjauan SUARA MERDEKA di bandar raya itu tengah hari ini turut mendapati keadaan trafik di jalan-jalan utama lengang ketika Angkatan Tentera Malaysia (ATM) digerakkan bermula tengah malam tadi untuk membantu pihak polis menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan.

Di beberapa restoran mamak sekitar Shah Alam antaranya di Seksyen 13, Seksyen U-10 dan Taman Tun Dr Ismail Jaya, orang ramai dilihat membeli makanan untuk dibawa pulang, tidak makan di restoran serta tidak lagi keluar beramai-ramai.

Keadaan ini berbeza dengan dua hari lepas apabila ada kalangan yang tidak mengambil serius terhadap perintah berkenaan dengan ada yang balik kampung, makan di restoran, keluar beramai-ramai sehinggakan tahap pematuhan mencapai kadar 60 peratus sahaja. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button