Nasional

Suspek sindiket ‘cuci duit’ larikan diri

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan seorang suspek sindiket ‘cuci duit’ atau pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan perniagaan beberapa selebriti tanah air, melarikan diri ketika hendak ditahan semula di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.

Sumber yang memberitahu Bernama berkata, suspek sebenarnya telah selesai proses jaminan oleh SPRM.

Bagaimanapun, suspek tersebut bertindak melarikan diri ketika sedang menunggu untuk diserahkan kepada penjamin.

Sumber itu berkata, individu yang melarikan diri itu bukan seorang dan bergelar Datuk Seri dan yakin yang suspek akan ditahan semula dalam tempoh terdekat.

Pada 8 Oktober lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata pihaknya mengesan ratusan syarikat dami diwujudkan bagi mengaburi pihak berkuasa berhubung sindiket berkenaan.

SPRM turut menyita 23 kenderaan mewah pelbagai jenis antaranya (Ford) Mustang, Rolls Royce, Bentley, Ferrari dan Porsche serta beberapa motosikal berkuasa tinggi dimiliki ahli sindiket dipercayai hasil kegiatan haram.

Sebelum ini, SPRM turut memanggil pasangan selebriti untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram berkenaan. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button