Nasional
Trending

Sultan Johor bertolak ke Istana Negara

SULTAN Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memaklumkan baginda bertolak ke Kuala Lumpur bagi menghadiri Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja Melayu hari ini.

Baginda dilapor berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Ismail, Johor Bahru kira-kira pukul 1 tengah hari.

Menerusi Facebook rasmi, baginda turut berkongsi beberapa keping gambar sebelum baginda berlepas menaiki pesawat untuk ke Kuala Lumpur.

Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja Melayu dijadualkan berlangsung pada pukul 2.30 petang ini bagi membincangkan cadangan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ia termasuklah cadangan dikatakan sebagai Pengisytiharan Darurat ekoran penularan wabak Koronavirus (Covid-19) yang memasuki gelombang ketiga dan tertinggi berbanding peringkat awal penularan.

Mesyuarat tersebut disahkan menerusi satu kenyataan dikeluarkan Istana Negara semalam selepas pertemuan Muhyiddin bersama Yang di-Pertuan Agong, Jumaat lepas.

https://www.facebook.com/officialsultanibrahim/posts/1684892108344142

Ahli Parlimen Pagoh dilapor menghadap Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah pada pukul 5 petang Jumaat lalu di Istana Abdul Aziz di Pekan, Pahang.

Beliau bertolak ke sana selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet di Bangunan Perdana Putra yang berlangsung pada sebelah pagi.

Sementara itu di Istana Negara, beberapa pemberita dan jurugambar dilapor sudahpun berada di hadapan Pintu Utama bagi meyaksikan kehadiran sembilan Raja-Raja Melayu. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button