Nasional

Kaunter LHDN Labuan dan Shah Alam ditutup mulai esok, bagi proses sanitasi

MULAI esok, kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Wilayah Persekutuan Labuan dan Shah Alam, Selangor ditutup sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak, bagi membolehkan proses sanitasi dilakukan.

LHDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan, sepanjang tempoh itu, pembayar cukai disaran untuk melakukan urusan percukaian secara dalam talian.

Menurut kenyataan itu, bagi sebarang pertanyaan serta maklum balas, orang ramai boleh menghubungi LHDN menerusi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara) atau HASiL Live Chat atau Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM dipautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/. – SM

(Visited 780 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button