Negeri

Sultan Ibrahim berkenan DUN Johor bersidang 12 Ogos

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan supaya Dewan Negeri Johor bersidang pada 12 Ogos depan.

Baginda turut berkenan untuk merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Keempat DUN Johor  yang akan diadakan di Kota Iskandar.

Dalam titah selepas menerima mengadap Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad hari ini, baginda menzahirkan perasaan sedih melihat keadaan rakyat yang kini hidup dalam kesusahan, ketakutan dan kegelisahan.

“Saya mahu semua Ahli Dewan bersatu hati untuk bersidang demi kepentingan rakyat dan Negeri Johor, terutama mengenai pelan tindakan bagi membantu kehidupan rakyat yang terjejas akibat wabak COVID-19 dan menyusun pelan pemulihan ekonomi Negeri Johor dengan sebaiknya.

“Saya berasa amat sedih melihat kehidupan rakyat saya yang dalam kesusahan, ketakutan dan kegelisahan sekarang ini.

“Saya juga kecewa kerana sehingga hari ini, masalah penularan virus Covid-19 masih belum dapat diselesaikan,” titah Baginda Tuanku Sultan kepada Royal Press Office (RPO).

Turuh mengadap, Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani dan Penasihat Undang-Undang Johor Amir Nasruddin.

Sultan Ibrahim juga menerima mengadap Pengarah Kesihatan Negeri Johor Datuk Dr. Aman Rabu bagi mendapatkan laporan keadaan pendemik virus COVID-19 di Negeri Johor.-SM

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button