Nasionalpilihan

Penolong setiausaha terima rasuah berjumlah RM1 juta ditahan

Seorang penolong setiausaha bahagian sebuah kementerian ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditahan semalam berkaitan kes rasuah.

Menurut sumber, suspek dipercayai terlibat dengan kes penerimaan rasuah pelbagai bentuk yang dianggar berjumlah RM1 juta sebagai balasan membantu 11 syarikat mendapatkan kontrak.

“Suspek lelaki berusia 46 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM kira-kira pada jam 9 malam semalam selepas hadir memberikan keterangan.

“Difahamkan, antara tahun 2016 hingga kini, suspek telah menerima suapan berbentuk wang tunai berjumlah kira-kira RM300,000, barang kemas, tanah lot berkeluasan dua ekar, rumah kedai dua tingkat dan sebuah motosikal yang jumlah keseluruhannya dianggarkan lebih RM1 juta.

“Kesemua habuan itu sebagai balasan membantu 11 buah syarikat mendapatkan projek bekalan am, perkhidmatan dan pengangkutan di kementerian terbabit,” katanya.

Jelasnya, perintah reman sehingga 27 Jun depan itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas pihak SPRM membuat permohonan tersebut pagi ini.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. -SM

(Visited 418 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button