Nasional

‘Sukarnya jaga penjarakan sosial dalam LRT’

BERSESAK dan berasak demi mencari ruang dalam pengangkutan Aliran Transit Ringan (LRT) memang sukar untuk penumpang menjaga penjarakan sosial.

Situasi sedemikian berlaku dalam pengangkutan awam berkenaan terutama pada waktu puncak iaitu sama ada ada pergi kerja ataupun pulang ke rumah.

Antara sebab pengguna sanggup bersesak walaupun menyedari hakikat penularan pandemik Koronavirus (Covid-19) adalah masa.

Mahu pulang dengan cepat atau tiba di rumah sebelum matahari terbenam antara alasan pengguna yang menggunakan LRT ke tempat kerja.

Rata-rata mahu sampai ke rumah awal kerana mempunyai komitmen keluarga seperti ambil anak dari rumah pengasuh dan sebagainya.

BACA > Aduan jenayah siber meningkat ketika PKP — Suara Merdeka

Justeru, bagaimana normal baharu itu dapat diamalkan kerana kedua-dua juga penting.

PENJARAKAN LRT

Malah dalam tinjauan Suara Merdeka petang tadi keadaan dalam LRT sudah jadi seperti sebelum PKP.

Memulakan perjalanan dari Stesen LRT Ampang Park, keadaan dalam kabin sudahpun sesak dipenuhi penumpang.

Sebelum menaiki LRT, masing-masing akur dengan penanda pada lantai yang dibuat kakitangan Rapid KL.

Seperti menaiki tangga bergerak (eskalator) dan beratur di platform, masing-masing menjaga penjarakan sosial kecuali ketika berada dalam LRT.

Kemudian, apabila berhenti di setiap stesen sehingga ke Bank Rakyat, Bangsar, tidak putus penumpang keluar masuk.

Tetapi, lebih ramai yang masuk berbanding keluar, sehinggalah LRT meninggalkan stesen-stesen di sekitar Petaling Jaya dan Subang.

BACA > Covid-19: Tahniah rakyat Malaysia! — Suara Merdeka

Kabin agak lengang apabila LRT apabila ramai penumpang mula turun di stesen-stesen yang mempunyai tempat letak kereta seperti Taman Jaya, Asia Jaya dan Glenmarie.

Tetapi satu sikap yang wajar dipuji adalah amalan memakai penutup mulut dan hidung dalam kalangan penumpang memang cemerlang.

Malah, walaupun dalam keadaan bersesak, masing-masing cuba mencari ruang untuk menjarakkan diri dengan penumpang lain.

Walau bagaimanapun, ada penumpang yang tidak mengendahkan penjarakan sosial seperti duduk bersebelahan pada tempat duduk.

Usaha Prasarana wajar dipuji

Apa pun keadaan dalam LRT, tindakan dan usaha Prasarana wajar dipuji kerana berusaha mengingatkan penjarakan sosial kepada penumpang.

Sebelum memasuki stesen, penumpang perlu mengimbas kod QR pada papan tanda yang disediakan selain menyemak suhu badan.

Malah, di stesen pula, menerusi rakaman yang dimainkan melalui alat pembesar suara sering mengingatkan penumpang supaya menjaga penjarakan sosial.

PENJARAKAN LRT

Jadi untuk mengatasi dan menambah baik masalah seperti di atas, mungkin Prasarana atau orang ramai boleh mencadangkan sesuatu supaya risiko jangkitan Covid-19 boleh dikurangkan.

Kerajaan sudahpun memberi pelbagai kemudahan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) termasuklah pas tanpa had My30 bagi menggunakan pengangkutan awam Rapid KL.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi Pelan Jana Ekonomi Semula Ekonomi Negara (Penjana).

Petang tadi Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan jumlah kes aktif hari ini hanya tinggal 85 orang.

Ia termasuklah jangkitan baharu pada hari ini hanya tiga orang dicatatkan dan ini merupakan satu pencapaian dalam usaha menjalani PKP dan PKPP.

PENJARAKAN LRT

BACA > Diskaun bil elektrik tiga bulan lagi sehingga Disember — Suara Merdeka 

Oleh demikian, eloklah kita berusaha mengamalkan normal baharu supaya rantaian Covid-19 dapat terus diputuskan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button