Nasional

Sugarbook disiasat – MCMC

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memantau aplikasi perkhidmatan janji temu
Sugarbook.

Dalam satu kenyataan, Suruhanjaya itu berkata, MCMC turut menyiasat aplikasi Sugarbook bersama PDRM berhubung dakwaan ia digunakan untuk melacur secara dalam talian.

Katanya, pihak berkuasa tidak teragak-agak untuk akan mengambil tindakan terhadap pengguna dan pemilik
platform itu sekiranya didapati melakukan aktiviti yang melanggar undang-undang negara ini.

“Jika terdapat unsur kegiatan pelacuran, tindakan lanjut akan dijalankan oleh PDRM. Ibu bapa dan penjaga pula dinasihatkan untuk sentiasa mengawasi tingkah laku dalam talian anak di bawah jagaan masing-masing dan peka dengan perubahan gaya hidup yang boleh menimbulkan keraguan,” kata MCMC dalam satu kenyataan.

Aplikasi dan laman sesawang Sugarbook menjadi perhatian selepas bilangan ia mencatatkan bilangan sugar daddy di Malaysia seramaui 180 ribu orang dengan pendapatan RM150 ribu sebulan dan bilangan sugar baby sebanyak 220 ribu orang dengan pendapatan RM2,500 sebulan.

Kebanyakan pengguna di Malaysia yang mendaftar sebagai sugar baby di aplikasinya didominasi oleh pelajar, disusuli dengan usahawan, jururawat, guru dan peguam yang menjumlahkan lima majoriti teratas.

Pelayan, pembantu peribadi, jurusolek, model bebas dan ahli farmasi melengkapkan senarai antara 10 pekerjaan sugar baby di Malaysia.

“Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil berat dengan gimik pemasaran laman cari teman Sugarbook baru-baru ini yang mendakwa semakin ramai wanita Malaysia, terutamanya penuntut universiti, menawarkan diri sebagai Sugar Baby di laman aplikasi tersebut.

“Dakwaan seperti yang terdapat dalam gimik pemasaran itu perlu disiasat untuk disahkan kerana profil pengguna boleh diolah sesuka hati untuk tujuan-tujuan yang berlainan termasuk untuk memperdaya mangsa,” kata MCMC.

Sementara itu, semakan mendapati laman sesawang Sugarbook masih lagi boleh diekses di Malaysia.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button