Jenayah

Sudah Melepasi Hari Ke-32, Pengasuh Bebas & Kematian Baby Syifaa ‘Dijerut’ Dibakul Sampah!

Pernah tular kejadian malang menimpa seorang bayi berusia 15 bulan apabila dia kononnya ditemui mati tergantung akibat terjerut dengan jaring buai.

Namun tak usahlah sembang perlukan khidmat foresik luar, tengok pada gambar yang TERPAKSA disiarkan pun sudah tahu terjerut atau dijerut.

Paling menghibakan sudah melepasi hari ke-32, pengasuh belum dibawa untuk dibacakan pertuduhan di mahkamah malah pengasuh tidak ditahan reman sejak hari pertama kejadian.

Jadi netizen.. cuba baca luahan keluarga mangsa yang teraniaya ini dan tengok sejauh mana menteri mampu terlibat dalam memberi desakan untuk kes Baby Syifaa ini.

Baby Syifaa dijerut bukan terjerut!

Menurut siasatan polis, Pengasuh mengatakan Baby Syifaa terjerut buai selepas diberikan susu sekitar jam 12.30 tengah hari.

Pengasuh masuk memeriksa Baby Syifaa sekitar jam 3.00 petang dan melihat Baby Syifaa terjerut di dalam buai dalam keadaan tergantung.

Namun, sejak hari pertama aku tidak percaya sepatah kenyataan dibuat oleh pengasuh kepada Baby Syifaa kerana aku tahu beliau berbohong!

Polis membuat siasatan berdasarkan kronologi yang diceritakan oleh Pengasuh dan kes disiasat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 tapi sehingga ke hari ini kes belum dituduh di mahkamah.

Buai yang menjerut Baby Syifaa adalah buai kain yang seperti “jaring”. Itulah yang dikatakan oleh Pengasuh semasa siasatan polis.

Tapi timbul keraguan, kain yang menjerut leher tidak meninggalkan kesan (lebam) berbentuk satu garisan lurus.

Tak percaya, cuba ambil kain jerut leher sendiri. Tidak perlu, lama cukup 2 minit. Kain tidak akan tinggalkan lebam lurus satu garisan.

Kesan lebam pada leher Baby Syifaa adalah kesan tali wayar atau kabel. Selain itu, tiada kesan “jaring” pada leher Baby Syifaa.

Aku tak mahu bising sebelum ini kerana memang aku tunggu dan lihat apa tindakan akan berlaku dalam 30 hari.

Hari ini adalah hari ke 32 hari permergian Baby Syifaa dan memandangkan pengasuh belum dibawa untuk dibacakan pertuduhan di mahkamah malah pengasuh tidak ditahan reman sejak hari pertama kejadian.

Aku mohon supaya kes kematian Baby Syifaa disiasat semula dan diklasifikasi sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jerutan tali, wayar atau kabel

Gambar kesan kecederaan pada leher Baby Syifaa ini dihantar kepada pakar forensik di luar negara. Tahu apa pandangan mereka selepas melihat gambar ini?

Pakar forensik berpandangan kesan jerutan di leher Baby Syifaa bukannya akibat jerutan kain tetapi kesan yang berpunca jerutan tali, wayar atau kabel.

Justeru…

Siasat semula kes kematian Baby Syifaa, Polis perlu siasat kedua-dua Pengasuh, kedua-dua suami selain seorang lagi adik perempuan kepada Pengasuh yang kononnya tidak bertugas sepanjang bulan Februari.

Jika aku boleh fight untuk orang lain, mustahil untuk aku berdiam diri dalam kes yang membabitkan anak aku sendiri.

Aku akan membuat permohonan rasmi kepada AGC dengan menghantar surat supaya kes diklasifikasikan sebagai bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Aku bersandarkan hujah-hujah dan pandangan pakar forensik serta gambar kesan pada leher Baby Syifaa.

Siasat semua orang yang ada akses untuk memasuki Taska pada hari kejadian. Jika Polis tak mampu untuk siasat kes Baby Syifaa betul-betul serta AGC segan untuk membuat pendakwaan kes.

Sila beritahu aku!

Sebab aku ada cara sendiri untuk mendapatkan hak dan keadilan di atas kematian Nour Rania Asyifaa Bt. Yuseri.

Hutang budi dibalas budi, hutang darah..?

Tuan-Puan, saya amat tidak selesa berkongsi gambar ini. Namun saya tiada pilihan kerana pemergian Baby Syifaa perlu mendapat pembelaan sewajarnya.

Maafkan Daddy Adik..

Justice Delayed is Justice Denied!

Kredit: Yuseri Yusoff

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button