Nasional

Pelajar buat laporan palsu dirogol 6 lelaki Afrika

PETALING JAYA: Seorang pelajar kolej swasta Jepun didenda RM2,000 oleh mahkamah majistret di sini hari ini selepas dia mengaku bersalah membuat laporan polis palsu mendakwa dia dirompak dan dirogol oleh sekumpulan lelaki Afrika.

Majistret Iskandar Zainol turut menjatuhkan hukuman penjara dua bulan kepada Ageha Matsuzaki, 20, jika gagal membayar denda itu.

Dia didakwa membuat laporan polis palsu dengan seorang anggota polis di balai polis Seri Kembangan pada 12.30 tengah hari, 2 Feb.

Pertuduhan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan fakta kes, dalam kenyataan bertulisnya kepada polis, tertuduh menyatakan dia sedang berjalan di hadapan sebuah pangsapuri pada 8 malam, pada 1 Feb, apabila sebuah kereta datang dari belakang dan berhenti di sebelahnya.

Dalam laporan itu, dia mendakwa lima atau enam lelaki Afrika keluar dari kereta dan memaksanya mengikut mereka manakala seorang daripada lelaki itu mengacukan pisau ke arahnya, sebelum lelaki itu bergilir-gilir merogol dan membelasahnya, sambil menambah bahawa mereka juga mengambil kad kreditnya dan RM100.

Bagaimanapun, selepas siasatan dijalankan wanita itu mengaku memberi laporan palsu dan tiada bukti atau kejadian rogol seperti yang dinyatakan.

(Visited 387 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button