Nasional

‘’Suara belia perlu didengar’’- Tengku Amir

Pada 3 November lalu Duli Yang Teramat Mulia (D.Y.T.M.) Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor telah berkenan mencemar duli untuk menyampaikan ucaptama kepada para delegasi dalam persindagan ASEAN Youth Conference 2023 dengan tajuk “Mencipta Perubahan yang Mampan untuk Rantau ASEAN” yang berlangsung di Jakarta Indonesia.

Menerusi ucapan itu Tengku Amir menyentuh pelbagai isu serantau seperti penglibatan belia dalam pembangunan ekonomi, kepentingan pendidikan kepada kanak-kanak dan belia, adaptasi teknologi sebagai pemangkin untuk kemajuan dan kemakmuran serantau, dan peranan belia sebagai pemimpin dalam masyarakat.

Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor telah berkenan mencemar duli untuk menyampaikan ucaptama kepada para delegasi dalam persindagan ASEAN Youth Conference 2023 dengan tajuk “Mencipta Perubahan yang Mampan untuk Rantau ASEAN”

“Untuk benar-benar mencungkil potensi belia di rantau ASEAN, kita mesti berusaha untuk mewujudkan ruang dan platform kepada belia untuk terlibat secara aktif dalam penggubalan polisi dan pelaksanaan. Suara belia perlu didengar dan aspirasi mereka diterjemahkan kepada tindakan nyata.

‘’Hal ini menggalakkan kewarganegaraan aktif (active citizenship), di mana golongan muda bukan sahaja menjadi penerima manfaat, malah terlibat secara aktif dalam melakukan perubahan positif.” Jelas Tengku Amir.

Dalam pada itu DYTM Raja Muda Selangor juga berkesempatan membuat beberapa kunjungan hormat di Ibu Pejabat ASEAN Sekretariat dan berjumpa dengan delegasi antarabangsa seperti Yang Berhormat Tuan Tran Duc Binh, Timbalan Setiausaha Agung ASEAN (Hal Ehwal Komuniti dan Korporat) Dr. Piti Srisangnam, Pengarah Eksekutif ASEAN Foundation Yang Berhormat Datuk’ Nur Izzah Wong Mee Choo, Wakil Tetap Malaysia ke ASEAN; Tuan Senjaya Mulia, Presiden ASEAN Youth Organization.

Persidangan yang berlangsung selam tiga hari, bertujuan untuk memberi platform kepada anak muda untuk mengutarakan pendapat dan idea berkenaan isu-isu semasa di rantau Asia Tenggara dan dunia seperti isu ekonomi, pendidikan, politik, keamanan, kebudayaan dan kebajikan.

Seramai 150 delegasi belia dari 15 buah negara termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand, Brunei, Singapura, Australia, Korea Selatan, Jerman dan lain-lain.

ASEAN sebagai saudara serumpun perlu dikekalkan – Johari

Anwar: Kerjasama ekonomi antara ASEAN dan rakan dialog semakin positif

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button