Politik

Strategi politik Presiden UMNO “ke laut”

STRATEGI politik Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini, jika dilikat, “ke laut” dan timbul persoalan, perlu ke pecat atau pun diganti Datuk Tajuddin Rahman dengan Isham Jalil.

Jawapannya. Tidak perlu.

Tak ke Naya!

Ketika UMNO bakal berhadapan dengan PRU15, semua kisah-kisah Presiden dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) ini diungkit semula.

Bukan sahaja memperlihatkan Zahid Hamidi banyak berbohong tetapi memperlihatkan bahawa Ahli-Ahli UMNO sering diperbodoh-bodohkan.

Bukankah sekarang semua sudah tahu, betapa Tajuddin Rahman telah berkorban mengeluarkan banyak wang ringgit peribadi beliau untuk mengadakan Perhimpunan Besar-Besaran Muafakat Nasional (MN) di Pasir Salak dan Perhimpunan Anti ICERD di Dataran Merdeka.

Ada UMNO Malaysia bantu ? Jawapannya tiada.

Sesungguhnya adalah amat tidak adil kerana beberapa kritikan pedas daripada Tajuddin Rahman terhadap Presiden, Presiden sudah melenting dan pecat Tajuddin sebagai Ahli MKT UMNO Malaysia.

Pengorbanan Tajuddin sepatutnya dihargai.

Kini, nasi sudah jadi bubur.

Control damage pun sudah payah atau sukar hendak buat.

Apatah lagi hendak menjawab persoalan-persoalan yang diutarakan oleh Tajuddin.

Diantaranya, usaha Tok Mat Hassan, Timbalan Presiden UMNO yang mahukan Presiden mengundurkan diri. Kan penat nak jawab tu.

Sekiranya ada MORI POLL di Malaysia ini, rating Presiden UMNO, Zahid Hamidi dan Parti UMNO yang berada di paras 65% ke atas sebelum ini, berikutan pendedahan Tajuddin Rahman, Popularity Rating Presiden dan Parti UMNO rasanya sudah jatuh ke paras 25% sahaja. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button