Ekonomi

Starlink lebih sesuai digunakan di luar bandar – Annuar Musa

BEKAS Menteri Komunikasi dan Digital, Tan Sri Annuar Musa berkata, penggunakan teknologi Low Earth Orbit (LEO) yang diperkenalkan oleh oleh Starlink syarikat milik Elon Musk hanya sesuai digunakan di luar bandar.

Menurut Annuar, kelajuan internet yang disediakan oleh Starlink adalah lebih rendah berbanding internet yang sedia ada di bandar menggunakan akses fiber 4G dan 5G serta sambungan kabel tetap.

Oleh itu, katanya, LEO hanya sesuai digunakan di luar bandar, namun ia perlu dikaji dengan teliti kerana melibatkan kos yang tinggi serta menjejaskan syarikat telco tempatan.

Berikut kenyataan penuh beliau di media sosial.

 

PANDANGAN

(1) Kesesuaian – Starlink VS Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP)

Starlink (yang menggunakan LEO-Satelit Low Earth Orbit) hanya sesuai untuk lokasi yang tidak mempunyai kabel fiber. Harga untuk 100Mbps yang ditawarkan oleh Starlink adalah mahal berbanding dengan rancangan sedia ada berasaskan fiber.

Starlink lebih sesuai untuk kawasan luar bandar yang tidak mempunyai akses kepada fiber, 4G, 5G dan sebagainya.

Universiti dan kolej boleh mendapatkan internet yang lebih pantas dan mudah dengan menggunakan kabel berwayar dan penempatan internet 4G/5G.Yang penting kerajaan perlu memaksa atau menghukum syarikat penyedia/telco yang berkaitan kerana menyediakan liputan yang lemah dengan hanya fokus kepada mencari keuntungan. Kerajaan perlu memberi tumpuan yang lebih kepada perkara ini.

Sebagai langkah alternatif, letakkan peralatan Starlink di kawasan luar bandar yang terpencil seperti kes  pelajar gadis Sabah yang terpaksa mengambil peperiksaan di atas pokok dapat menikmati akses internet yang bagus.

Pilihan universiti untuk program Starlink haruslah kepada universiti yang tidak mempunyai kabel fiber untuk mewajarkan kos pelaburan oleh kerajaan – tanpa memilih kasih sama ada universiti negeri pembangkang atau universiti negeri Kerajaan!

(2) Harga

Starlink lebih mahal berbanding perkhidmatan ISP sedia ada. Caj untuk Starlink melibatkan sekali pembayaran (pemasangan) dan juga langganan bulanan.

3) Manfaat tidak langsung daripada Starlink adalah Tesla membuka ibupejabat di Selangor. Tetapi dengan adanya ibu pejabat sahaja bukanlah sesuatu yang mencukupi. Kilang Tesla berada di Indonesia, jadi tidak banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan kerana ibu pejabat biasanya mempunyai bilangan pekerja tempatan yang sedikit dan selebihnya dari Amerika Syarikat.

(4)  ‘Menelan’ syarikat tempatan sedia ada? 

Pengetahuan (berdasarkan penghasilan dan penggunaan) bagi ‘low altitude satellite internet’ semakin hampir kecekapannya dengan rangkaian berdasarkan menara.

Ini kerana ianya dikuasakan sepenuhnya oleh tenaga solar yang ditingkatkan dari segi kecekapan (efficiency). Oleh itu, grid merangkumi kawasan radius seluasa 2 hingga 5 km. 

Isunya adalah berkaitan fiber dan spektrum.

Mereka tidak hanya menggantikan menara tetapi juga industri syarikat telekomunikasi sedia ada yang bernilai lebih RM30bilion di Malaysia. Ini adalah peralihan kepada model semasa – tiada kajian yang dilakukan dengan betul untuk memastikan sama ada Malaysia bersedia untuk peralihan ini. Ia akan memberi kesan kepada syarikat ISP tempatan –  iaitu syarikat-syarikat menara, dan juga Telco seperti Digi, Celcom, Maxis, dan sebagainya.

Dari aspek positif, rancangan yang lebih besar oleh Elon adalah SpaceX adalah untuk liputan dan kereta elektrik (yang bersambung antara satu sama lain) dengan kapasiti lebih tinggi.

Kedua-duanya menggunakan tenaga daripada matahari. Rangkaian masa depan adalah “KUASA/POWER kepada data” bukan “RAN kepada data”.

Kesemua ini memerlukan penelitian dan merangka dasar dasar yg sesuai dengan melindungi kepentingan negara kita.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button