BanjirNasional

SSM sumbang barangan keperluan asas bernilai RM100,000 kepada PPS

BAGI meringankan beban mangsa banjir yang berlindung di beberapa pusat pemindahan sementara (PPS), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyumbang barangan keperluan asas bernilai RM100,000.

Inisiatif bantuan prihatin ini bertujuan membantu dan meringankan beban mangsa banjir terutamanya mereka yang ditempatkan di PPS sekitar Puchong, Shah Alam, Bangi, Klang, Sepang dan Hulu Langat.

Memetik satu kenyataan hari ini, melalui inisiatif ini, SSM menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas serta makanan kepada PPS Puchong, PPS Sungai Serai, PPS Taman Damai, PPS Dengkil dan beberapa PPS lain yang dikenalpasti melalui skuad bantuan kilat SSM.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Nor Azimah Abdul Aziz berkata, SSM berharap sumbangan ini dapat membantu meringankan beban yang dihadapi oleh mangsa-mangsa banjir.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03-77214000 atau emel kepada [email protected] – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button