Luar Negara

Sri Lanka Lumpuh: Presidennya Lari Ke Maldives & Pemilihan Diadakan 20 Julai

Gara-gara tidak mahu diberkas sebelum meletakkan jawatan, Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa dan isteri segera meninggalkan kediaman rasminya apabila diserbu puluhan ribu rakyat Sri Lanka.

Setelah terperangkap di lapangan terbang akibat dihalang pegawai imigresen daripada menaiki pesawat sejak Sabtu lalu, akhirnya Rajapaksa bersama isteri dapat melarikan diri ke Maldives pada Rabu.

Media antarabangsa melaporkan, yang berlepas dari lapangan terbang antarabangsa dengan menaiki pesawat tentera Antonov-32 terdiri daripada Rajapaksa, isteri dan seorang pengawal keselamatan.

Sebaik tiba di Male, ibu negara Maldives, mereka dibawa ke sebuah lokasi yang dirahsiakan dengan diiringi anggota polis.

Minggu lalu, Rajapaksa berjanji untuk meletak jawatan pada Rabu bagi membolehkan proses peralihan kuasa berjalan lancar susulan protes terhadapnya berkaitan krisis ekonomi negara itu.

Dalam masa sama, kediaman rasmi Rajapaksa habis ‘dikekah’ rakyat Sri Lanka dalam kemuncak protes antikerajaan selama beberapa bulan, didorong krisis ekonomi dan tahap rasuah yang belum pernah disaksikan sehingga menyebabkan Sri Lanka muflis, angkara pentadbiran keluarga Rajapaksa.

Rajapaksa dituduh terbabit salah urus ekonomi sehingga negara kehabisan pertukaran asing untuk membiayai import paling penting sehingga menjejaskan 22 juta penduduknya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button