Nasional

Sijil Pematuhan Syariah Angkasa disalahguna pihak tidak bertanggungjawab

ANGKATAN Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) mendakwa Sijil Pematuhan Syariah yang dikeluarkan oleh koperasi itu kerap disalahguna oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menipu orang ramai.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, sehingga kini pihaknya telah menerima sebanyak 30 aduan dan laporan rasmi berhubung penyalahgunaan sijil yang dikeluarkan oleh Angkasa.

Menurutnya, kegiatan tersebut terus meningkat setiap tahun dan Angkasa telah meminta kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan terhadap individu atau mana-mana syarikat menyalahguna sijil berkenaan.

Jelasnya, Sijil Pematuhan Syariah yang dikeluarkan Angkasa mendapat permintaan tinggi daripada syarikat-syarikat dan kerana itu ia kerap diseleweng untuk mencari keuntungan kerana keyakinan orang ramai terhadap sijil berkenaan.

“Saya minta orang ramai supaya berhati-hati dan tidak percaya jika ada individu atau syarikat yang kononnya ingin mempelawa untuk membuat pelaburan sambil


“Angkasa mengeluarkan Sijil Pematuhan Syariah hanya dalam kalangan koperasi-koperasi yang menjadi ahli Angkasa dari seluruh negara dan mereka boleh buat imbasan kod QR pada sijil itu bagi memastikan ketulenan,” ujarnya dalam sidang akhbar di pejabat Perhubungan Angkasa Negeri Melaka di Ayer Keroh di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) Perkhidmatan Kutipan dan Pemulihan Kredit Angkasa (ACCRS).

Tiga koperasi yang memeterai MoA ialah Koperasi Pekerja-Pekerja Kumpulan Sokongan Melaka Berhad, Koperasi Majlis Perbandaran Melaka Berhad dan Koperasi Perubatan dan Kesihatan Melaka Berhad.

Mengulas lanjut Abdul Fattah berkata, setakat ini sebanyak 252 daripada 610 koperasi di seluruh negara telah mendapat Sijil Pematuhan Syariah sejak 2013.

Menurutnya, daripada jumlah 610 koperasi, 70 peratus adalah majoriti ahli-ahlinya adalah beragama Islam.

Beliau berkata,  sebanyak 70 koperasi telah menyertai dan melanggan Sistem Tawarruq Angkasa bagi tahun 2021 hingga 2022. – SM

(Visited 40 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button