Spiderman bagi pelitup mulut minta Pope Francis pakai
Jarang sekali adiwira Spiderman muncul di negara kota Vatican yang menjadi pusat suci penganut Kristian Katolik.
Tetapi adiwira itu membuat kejutan muncul di Vatican pada Rabu iaitu hari ketua agama Katolik, Pope Francis muncul bertemu orang ramai.
Kemunculan Spiderman hanyalah untuk memberikan pelitup mulut kepada Pope Francis untuk dipakai ketika beliau berjumpa dengan masyarakat di tengah-tengah pandemik Covid-19 melanda dunia.
Spidey menjabat tangan Pope Francis dan menghadiahkan kepadanya topeng muka yang bercorak sut merah klasik watak Marvel tersebut.
Matteo Villardita, 28, adalah individu yang memakai sut adiwira Spiderman. Dia orang Itali yang sering mengunjungi anak-anak yang sakit di hospital setelah dia sendiri menjalani beberapa pembedahan ketika kanak-kanak.
Menurut Villardita dia memberi topeng kepada Pope Francis “sebagai tanda, untuk memberitahunya bahawa melalui mata ini saya setiap hari melihat kesakitan dari anak-anak yang sakit di hospital.”
Semasa bertemu dengan orang ramai, Pope Francis akan menyampaikan pidato, diikuti dengan doa dan nyanyian.
Orang ramai memuji tindakan Spiderman dan mengambil gambar bersamanya setelah dia bertemu dengan Pope Francis.
“Tetapi pahlawan super yang sebenarnya adalah anak-anak yang menderita dan keluarga mereka yang berjuang dengan harapan begitu banyak,” kata Villardita kepada media media.
Villardita merupakan pengasaskan Supereroincorsia, sekumpulan sukarelawan yang berpakaian sebagai adiwira untuk memberi keceriaan kepada pesakit pediatrik.-SM