Auto Travel

SM Sport 110R versi baharu berada di pasaran

Sejak pelancaran SM Sport 110R pada tahun 2017 yang lalu, MForcesentiasa mempertingkatkan mutu dan kualiti demi memastikan kepuasan para peminat motosikal.

Oleh itu, kini MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. telah mengeluarkan SM Sport 110R versi baharu yang mengalami perubahan dari segi warna dan grafik (C&G) untuk seiring dengan pilihan pasaran semasa. SM Sport 110R mampu menghasilkan hantaran kuasa setinggi 6.04Hp pada 7,500rpm dan tork 7.0Nmpada 5,000rpm yang sangat sesuai untuk kegunaan harian.

Untuk memberikan keselesaan yang lebih baik, berat keseluruhan SM Sport 110R ini adalah 105kg untuk pengendalian yang sempurna. Ruang simpanannya juga cukup luas dengan kapasiti 10-liter yang mampu memuatkan pelbagai barangan peribadi serta tangki petrol bersaiz 4.0-liter serta suis Fuel Saving untuk penjimatan yang optimum.

Mengalami perubahan dari segi warna dan grafik (C&G) untuk seiring dengan pilihan pasaran semasa. 

Dari segi rekaan luaran pula, SM Sport 110R ini turut dilengkapkan dengan lampu isyarat hadapan dan belakang menggunakan jenis LED serta lampu DRL yang lebih terang. Motosikal ini turut memiliki rim yang lebih sporty dan bergaya serta brek di cakera hadapan untuk tunggangan lebih selamat.

SM Sport110R menggunakan tayar tanpa tiub yang memiliki pelbagai kelebihan. Penggunaan tayar tanpa tiub mampu meningkatkan keselamatan ketika pancit, mampu menyerap hentakan lebih baik serta tekanan tayar yang lebih rendah berbanding menggunakan tayar dengan tiub.

SM Sport 110R dilengkapi dengan pengecas telefon USB dan sistem Rotary Gear yang dapat meningkatkan pengendalian dan tindakbalas semasa menunggang atau berhenti. Motosikal yang direka untuk menunggang ini memiliki peluncuran yang lancar bagi prestasi penunggangan yang lebih stabil serta memiliki dwi-penyerap hentakan Kayaba (KYB) di suspensi belakang.

Motosikal jenama tempatan milik MForce ini dijual pada harga asas RM4,018.00 tidak termasuk pendaftaran dan cukai jalan. Dengan setiap pembelian SM Sport 110R, para pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000 km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. – SM

Kredit : EnjinDot.Com

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button